Friday, 2 October 2015

DAP Jangan Bantah Hal Islam-Mesti Akur Jawatankuasa Negeri

Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid menegas Kerajaan Negeri Pulau Pinang mesti akur dengan keputusan untuk membenarkan penggunaan pembesar suara di luar masjid dan surau untuk azan dan iqamat.
 
“Jangan cuba bikin onar kerana semua keputusan sudah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri,” katanya.

Dengan keputusan yang dikeluarkan itu, beliau berharap DAP tidak akan menjadikan ia sebagai isu untuk menimbulkan ketegangan di antara kaum.

Sekadar Gambar Hiasan
 
“Keputusan yang dibuat itu saya yakin ia sudah dikaji dengan baik di mana azan dan iqamat boleh dilaungkan dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid, jadi kita boleh menyeru untuk umat Islam untuk datang ke masjid dan surau untuk menunaikan ibadah.

“Dan kerajaan negeri kalau boleh sebelum ini dia minta dengan azan dan iqamat pun tak boleh dilaungkan menggunakan pembesar suara di luar masjid, jadi selepas ni mereka kena akur dengan keputusan tersebut,” tegas Datuk Jahara.

Katanya lagi, azan dan iqamat selepas ini boleh dilaungkan dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau, manakala semua program masjid seperti qiamullail, solat tahajud, kuliah dan sebagainya hanya dibenarkan menggunakan pembesar suara di bahagian dalam.

“Apa yang dah ditetapkan jangan nak dibantah lagi, ini hal agama, setiap keputusan yang dibuat pasti sudah dikaji dengan baik,” katanya lagi.

Keputusan itu dibuat ketika mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 1 dan 2 Julai lalu dan disahkan sekali lagi menerusi mesyuarat sama pada 23 dan 24 Ogos lalu.

Sebelum ini, terdapat satu dakwaan menyatakan bahawa DAP dalam usaha untuk melarang pihak masjid untuk melaungkan azan dan iqamat dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau.



http://www.ismaweb.net/2015/10/azan-dap-mesti-akur-keputusan-jawatankuasa-fatwa-negeri/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.