Monday, 12 October 2015

Cina DAP Ekstrem Dan Melampau!

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman menyifatkan pendirian melampau dan ektstrem yang ditonjolkan parti rasis dan cauvinis DAP telah menimbulkan tanggapan buruk orang Melayu kepada kaum Cina di negara ini.

Ng Wei Aik adalah bekas Setiausaha Politik Lim Guan Eng
  
Beliau turut menyokong kenyataan yang dikeluarkan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa DAP telah lama menyemai benih kebencian antara kaum terutama dalam kalangan Melayu dan Cina.

“Saya sokong kenyataan Liow Tiong Lai. Orang cina perlu faham bahawa mereka telah memberi mesej yang salah apabila menyokong DAP dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lepas,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.net hari ini.

Dalam kenyataan Tiong Lai berkata pendekatan konfrontasi yang dipraktikkan DAP dan anasir radikal yang dilahirkan mereka akan membawa kerugian terutama kepada kaum Cina.

“Walaupun mereka sering melaungkan perjuangan yang meliputi semua kaum, namun DAP sebenarnya telah memperolok-olokkan dan membohongi rakyat dengan sering kali memainkan isu dan sentimen perkauman,” katanya.

Mengulas lanjut, Ustaz Abdullah Zaik berkata pendirian dan ‘ego’ DAP seolah-olah menunjukkan semua orang Cina bersikap sama seperti parti itu sekaligus ia mencetuskan kepada ketegangan antara kaum.

Katanya lagi, MCA dilihat lebih memahami konsep permuafakatan antara kaum di negara ini, justeru parti itu berperanan untuk meneutralkan dan mencari jalan damai kepada perkara ini.

“MCA lebih faham pemuafakatan antara kaum di negara ini, sebab itu MCA boleh memainkan peranan yang lebih mendamaikan,” katanya.



http://www.ismaweb.net/2015/10/rasisme-dap-punca-melayu-marah-cina/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.