Thursday, 8 October 2015

Alhamdulillah! Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan Kekal dan Sah

Sidang panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Tan Sri Abdul Raus, membuat keputusan dan menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan di dalam penghakiman sebelum ini telah melakukan kesilapan dengan menyatakan bahawa Seksyen 66 enakmen tersebut sebagai tidak sah dari segi Perlembagaan.


Berikutan keputusan hari ini, Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah kekal sah dari segi Perlembagaan. 

Tan Sri Dato' Dr Muhammad Shafee Abdullah ketika mengulas keputusan tersebut menyatakan bahawa, keputusan ini bukan hanya membuktikan penghakiman di peringkat Mahkamah Rayuan tertolak, malah ia turut menunjukkan Mahkamah Tinggi juga tidak seharusnya melayan tuntutan yang dibuat kerana ianya sepatutnya ditolak dari awal dengan mengambilkira kedudukan Perkara 3 dan Perkara 4 Perlembagaan.

Tan Sri Shafee turut menambah, sebarang usaha atau percubaan untuk mencabar mana-mana undang-undang negeri mestilah mengambilkira Perkara 3 dan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan.

Implikasi keputusan ini menurutnya lagi ialah Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah 1992 adalah kekal dan sah dari segi Perlembagaan.

video





0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.