Friday, 18 September 2015

Siapa Rafidah Untuk Menidakkan Bangsa Melayu?

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mengesyorkan kepada bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz untuk belajar semula sejarah kemerdekaan negara serta memahami tujuh wasiat Raja-Raja Melayu.
 
“Rafidah patut belajar semula sejarah. Saya tidak sangka seorang bekas menteri, seorang bekas pemimpin parti Melayu Umno tidak faham tentang keistimewaan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak patuh kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan terutamanya artikel 153, 152 dan 89 yang bersabit dengan keMelayuan.



“Kenyataan dia itu tidak berpijak di bumi yang nyata. Siapa dia untuk menidakkan bangsa Melayu? Tuhan?,” soalnya ketika dihubungi Ismaweb.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Rafidah yang mahukan bangsa Melayu untuk tidak lagi memperkenalkan diri mengikut kaum berikutan hidup di negara majmuk. Rafidah juga berkata Tanah Melayu kini sudah tiada, yang ada cuma Malaysia.

Menyifatkan Rafidah sebagai warga derhaka kepada tanah Melayu ini tegas Ustaz Hafiz, sebagai bekas menteri dia sewajarnya menasihatkan bangsa-bangsa lain dalam negara ini agar menghormati bangsa asal dan bangsa yang lebih awal menjadi penghuni bumi Melayu ini.

“Sedangkan Allah adalah pencipta semua bangsa-bangsa di dunia ini termasuk bangsa Melayu yang dikasihi.

“Nabi Muhammad SAW tidak pernah malu untuk mengaku sebagai seorang Arab berbangsa Quraish walaupun negara yang dipimpin oleh Nabi SAW lebih majmuk dari masyarakat Malaysia.

“Nabi juga tidak pernah cuba untuk memadamkan bangsa-bangsa yang wujud dalam negara pimpinan baginda.

“Jadi saya ingatkan kepada semua umat Melayu untuk tidak terpengaruh dengan fahaman songsang Rafidah itu,” katanya.



http://www.ismaweb.net/2015/09/siapa-rafidah-untuk-menidakkan-bangsa-melayu/

9 comments:

  1. Makin pelik sekarang ni.. semua geng Madet dah tak mau mengaku dirinya Melayu.. sedangkan dulu mereka ahli UMNO & dah raih bermacam-macam ganjaran, pangkat & kedudukan dgn menggunakan istilah Melayu itu..

    ReplyDelete
  2. kalau ikut cakap rafidah, akhirnya melayu akan hilang bangsa atau kaum. tiada lagi melayu di dunia. bagaimanapun cina dan india akan kekal dengan kaum masing2 dan kekal bertahan selagi wujudnya bulan dan bintang. idea apakah ini? idea pesakit otakkah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mk Cik ni tak lupa tapi hanyut dalam kekayaan yang dimilikinya. sudah lupa kepada perjuangan yang dia biasa lalui dahulu.


      Delete
    2. Rafidah dididik oleh umno (umno itu melayu) ajar berpolitik, sekarang sudah tua hasil dalam kantong banyak , kaya raya sudah lupa tampoknya.

      Delete
  3. siapa rafidah aziz? melayu bangsat jg..
    sbb dia melayulah..dia telan dah kenyang..pas tak nak ngaku melayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TOK Chik Rafidah ni BERSHIT 1, 2, 3 & 4 dia tak pernah kata apa pun, tak heran lah dia mengaku dia pun pendatang dari jawa patutlah tadak darah kebangsaan melayu.

      Delete
  4. Mmang betullah org melayu Ni mudah sang at jadi pelupa bila dah senang. Alo dato sri.... Melayu ka cina ka India ka...apa bangsa atau keturunan kulit aekalipun..walau jadi kerakyatan amarika akan menjadikan mereka memiliki hak mutlak ke atas negara amarika.... Jepun juga..australia juga.. Indonesia juga... London juga... China juga...hatta negara Arab sekalipun dan seluruh negara dlm dunia. Mereka hanya beri kerakyatan.... Jadi salahker Malaysia ni yg satu dunia tau sejak zaman penjajah adalah milik melayu. Manusia jenis apa lah kamu ni... Dah macam free thinker plak dah.... Menafikan kejadian kaum yg berbeza adalah fitrah Yg Allah tetapkan.

    ReplyDelete
  5. Keme jangan gelabah. Kome tahu tak bahawa Rafidah Aziz tu sekarang dah jadi nenek2. Sebagai wanita yang dah tua renta poasti ingatan dan pemikirannye juda turut tua bangka.
    Orang nyanyuk tak ingat apa2 pun. Sembahyang pun dan tak wajib.Pempesnye pun sentiasa basah dengan kencin yang tak dapat di kontrol lagi
    Harap kome semua faham. Teman cuma ingatkan aje.

    By: Pak Mat Kampung Hulu

    ReplyDelete
  6. Rafidah Aziz sekarang hidup mewah dengan pencen ahli parlimenya, Pengerusi Air Asia X dan mungkin bisnes lain yang kita tidak tahu.Manusia macam ini dia sudah lupa akar umbi beliau tidak tahu bagaimana hidup orang Melayu dan Islam yang dihina. Orang macam ini akan mengeluarkan kata-kata seperti professional oh tidak memihak kepada itu semua oleh kerana kehidupan yang begitu mewah. Ketika dia dalam kerajaan dahulu dia tidak pernah bercakap begini. Ada lagi Melayu - Melayu yang sudah lupa diri dan tidak lagi mempunyai semangat kebangsaan untuk bangsa, agama, raja-raja dan tanahair oleh kerana hidup begitu mewah dikelilingi oleh rakan-rakan yang kaya raya belaka senang sekali Inilah Melayu yang sudah lupa.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.