Wednesday, 5 August 2015

SPRM Buat Solat Hajat Perdana-Bukti Kukuh Malaysia Bukan Sekular!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengadakan solat hajat perdana 'Untukmu SPRM' di seluruh negara bagi memohon badan itu dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.

Solat hajat di surau ibu pejabat SPRM di sini diadakan selepas solat Zuhur yang diimamkan oleh bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Seri Zakaria Jaffar dan disertai kira-kira 100 warga kerjanya.




Zakaria berkata solat hajat itu diadakan bagi memohon supaya badan itu dikurniakan petunjuk serta takdir yang terbaik dalam membanteras rasuah.

"Kita minta supaya ALLAH SWT bantu kita apa yang kita tidak tahu di masa akan datang. Kita juga memanjatkan doa supaya SPRM, semua pegawai serta keluarga mereka diberi kebaikan oleh ALLAH SWT," katanya kepada pemberita selepas solat hajat itu.

Selepas solat, Zakaria membacakan doa mathurat yang dipenuhi dengan kata-kata membesarkan ALLAH, merendahkan hati serta meminta agar warganya dijauhi dari tergolong dalam kalangan mereka yang memberi dan menerima rasuah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Mohamad Jamidan Abdullah, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Mustafar Ali dan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mohd Azam Baki.  - Bernama



http://www.sinarharian.com.my/politik/sprm-buat-solat-hajat-perdana-mohon-yang-terbaik-1.416218

2 comments:

  1. Time ko tangkap polis xada plak pdrm buat solat hajat...time polis siasat pegawai sprm wahh bkn main garang kau ye...xboleh nk sentuh langsung gamaknye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam, Agama Persekutuan, jadi mana-mana agensi kerajaan yang mahu menjalankan solat hajat, berdoa memohon Allah SWT mempermudah dan memperkenankan usaha mereka amatlah digalakkan.

      Mungkin Tuan boleh panjangkan supaya PDRM juga berbuat sama.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.