Monday, 3 August 2015

Rampasan Barangan Tiruan Bernilai RM150,990-Low Yat Sarang Penipu?

Hasil aduan orang ramai yang sering ditipu di Plaza Low Yat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjalankan operasi pemeriksaan di 120 premis dan merampas sebanyak 11,174 aksesori telefon bimbit tiruan.


 
Rampasan dalam operasi bersepadu bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imegresen semalam itu bernilai RM150,990, lapor Utusan Online hari ini.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, pihaknya telah membuat risikan selepas menerima banyak aduan orang ramai mengenai kewujudan aktiviti penjualan barang tiruan di situ.

“Kakitangan Jabatan Imegresen turut menahan tiga warga asing yang berasal dari Bangladesh dan Pakistan atas kesalahan tinggal di negara ini tanpa dokumen sah dan salah guna pas lawatan.

“Semua kes disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 bagi setiap unit barang rampasan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu yang disabit kesalahan atau denda maksimum RM15,000 seunit barang bagi syarikat yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

14 Julai lalu, KPDNKK telah merampas pelbagai telefon pintar dan aksesori tiruan jenama Samsung, IPhone, Lenovo, Oppo serta Nokia bernilai RM500,000 di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur juga hasil aduan orang ramai.

Sejak insiden di Plaza Low Yat beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, orang ramai berkongsi cerita ditipu ketika membeli di premis Low Yat dan menyeru semua pihak agar tidak membeli di plaza berkenaan.



http://www.ismaweb.net/2015/07/low-yat-11174-aksesori-telefon-bimbit-tiruan-dirampas/

2 comments:

  1. Bukan di low yatt saja mereka menipu... di tempat lain pon 2x5.

    ReplyDelete
  2. dah lama dah....dah sampai gaduh besar baru nak periksa..malu betul aku dgn penguat kuasa di Malaysia ni. Bukan kes ni je banyak contohnya cameron highland, balak, curi pasir...teruk betul lah....

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.