Thursday, 13 August 2015

Melayu Bukan Rasis-Hasil Kajian Merdeka Center


Banyak yang telah ditulis tentang kaum Melayu di Malaysia. Ada yang mengatakan bahawa mereka pemurah kerana sanggup berkongsi negara dengan 2 juta pendatang sebelum dan selepas merdeka, tidak pernah dibuat oleh mana-mana bangsa sebelum ini. Malah sehingga sekarang juga ianya, masih belum dicabar oleh mana-mana negara atau bangsa!

Namun tidak kurang juga yang melabel kaum Melayu sebagai kaum paling ‘rasis’ sekali di Malaysia kerana mahu mempertahankan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang memberi sedikit keistimewaan, yang selalunya juga tersasar, kepada kaum pribumi di Malaysia. 

Lazimnya apabila kaum Melayu berteriak mahu Perkara 153 dihormati kerajaan dan lawan, mereka akan dilabel sebagai golongan ektremis.

Walaupun kaum Melayu tahu bahawa itu semua tidak benar namun mereka sering terperangkap dengan label rasis tersebut disebabkan oleh pembulian tegar oleh kumpulan dan media tertentu.

Masakan bangsa diplomatik sehebat Melayu yang membuka berpuluh negara, merentas lautan luas dengan kehebatan membaca cakrawala dan cuaca dengan kehebatan tahap deria keenam, jatuh kepada satu bentuk perbuatan bangsa yang rendah budaya?

Diharap satu kajian yang sering dijunjung mereka-mereka yang berhaluan kiri dapat meletakkan keadilan kepada tempatnya. Baru-baru ini Merdeka Centre mendapati bahawa kaum Melayu adalah kaum yang paling tidak rasis sekali. 

Ini kerana hanya 6% sahaja dikalangan bangsa Melayu yang mahu dikenali sebagai Melayu.

Ini berbeza dengan kaum Cina yang 24% daripada mereka mahu dikenali sebagai kaum Cina. Paling tinggi daripada semua pecahan kaum di Malaysia. Ini diikuti oleh kaum India yang mana 11% daripada mereka mahu dikenali sebagai kaum India.

Maka benarlah kata-kata Tun Sambanthan tentang bangsa Melayu yang tidak pernah rasis. Perkataan 'rasis' itu juga asing sekali kepada bangsa Melayu kerana harus dipinjam daripada perkataan Inggeris 'racist' bukti kukuh amalan tersebut sememangnya asing kepada bangsa Melayu.



Oh ya, kajian tersebut juga mendapat bahawa lebih daripada 60% kaum Melayu melihat mereka sebagai orang Islam lebih daripada yang lain. Sesuatu yang perlu diambil-kira semua, parti politik dan kerajaan dalam percaturan tentang isu Hudud dan lain-lain isu yang menyentuh Islam, Agama Persekutuan.

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.