Tuesday, 25 August 2015

JANGAN KELIRU!!!! BUKU ‘ALLAH, KEBEBASAN & CINTA’ (IRSHAD MANJI) MASIH MENJADI KESALAHAN

Orang ramai terutama umat Islam diminta jangan terkeliru dengan laporan media dalam kes rampasan buku ‘Allah, Kebebasan & Cinta’ tulisan Irshad Manji oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Mahkamah Persekutuan menolak permohonan JAWI untuk mendapatkan kebenaran bagi memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 30 Disember 2014 yang mengistiharkan rampasan buku tersebut dari kedai buku Borders dan pertuduhan terhadap pengurus stornya, Nik Raina, dibawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (WP) sebagai tidak sah.



Cubaan JAWI untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan bagi memfailkan rayuan untuk mengenepikan keputusan tersebut telah ditolak pagi tadi. Ini bukan bermaksud Mahkamah Persekutuan menolak rayuan JAWI dan KDN sebagaimana yang dilaporkan oleh beberapa media on-line. Perlu difahami kesalahan dibawah seksyen 13 Akta Kesalahan Akta Syariah untuk memiliki dan mengedar buku tersebut masih berkuatkuasa.

Kerana ia mengandungi berbagai pandangan dan doktrin yang menyanggahi dan mengancam akidah Islam, antaranya:

- Allah berasal dari nama berhala;
- Rasululah S.A.W. mengubah Al Quran mengikut kehendak popular;
- Rasululah S.A.W. pernah cuba membunuh diri;
- Rasulullah S.A.W. memuatkan ayat2 bisikan syaitan ke dalam Al Quran;
- Mengajak Islam diperangi sebagaimana stalinism dan nazism diperangi.

Penyanggahan ini adalah prinsip asas dalam akidah Islam dan tidak memerlukan kepada fatwa sebagai pra-syarat untuk mensabitkan seseorang itu bersalah dibawah seksyen berkenaan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan ini berpunca dari kesilapan JAWI menarik balik pertuduhan di Mahkamah Syariah. Adakah hanya dengan gertakan oleh peguambela tertuduh, pendakwa syarie sudah tergugat dalam proses pendakwaannya?

Jika sekalipun prosiding menghina Mahkamah dikenakan terhadap pendakwa syarie, pembelaan dibawah Per 121(1A) masih boleh dibuat. Mahkamah Sivil adalah terhalang dari mengganggu prosiding di Mahkamah Syariah.



Dato' Prof Mahamad Naser Bin Disa
Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM)


0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.