Saturday, 29 August 2015

Bersih 4 & Agenda LGBT Seksualiti Merdeka!


Nampaknya, agenda yang dibawakan Bersih sudah jauh daripada apa yang pernah diusahakan badan NGO tersebut dulu, pada peringkat awal penubuhannya yang hanya mahu sebuah pilihanraya bersih. Bersih kini bukan saja menjadi alat parti politik pembangkang seperti DAP dan PKR, ia juga sedia mendukung agenda songsang Seksualiti Merdeka. 

Sebuah poster dengan kartun Batman dan Superman sedang bercium kelihatan di beberapa tempat sejak beberapa hari kebelakangan ini.



Poster itu juga mengambarkan dua orang ‘nun’ sedang bercumbuan dan kita masih menunggu pertubuhan gereja atau Kristian supaya menyatakan bantahan terhadap amalan songsang LGBT yang sedang diperjuangkan Seksualiti Merdeka dan Bersih 4, dengan poster yang sangat menghina institusi gereja itu.

Sama ada keberadaan poster di bawah adalah untuk mendesak penglibatan pihak LGBT untuk menyokong atau perhimpunan demo Bersih kelak di rampas-curi oleh pihak LGBT untuk menghalalkan perjuangan mereka, tidaklah dapat dipastikan. Mungkin kedua-dua pihak boleh tampil untuk menerangkan hal sebenar.

Namun dengan keberadaan poster tersebut di sekitar Kuala Lumpur menjelang demo Bersih 4 menjelang Merdeka kelak, tanpa sebarang penafian daripada mana-mana pihak, termasuk oleh Maria Chin Abdullah sendiri, nampaknya poster tersebut yang semakin banyak dikongsi dalam media sosial, seakan-akan mendapat restu para pendukung agenda liberal di Malaysia.

Sehingga sekarang juga pihak gereja atau mana-mana pertubuhan Kristian seperti menghalalkan juga grafik dua biarawati yang sedang berlaku lesbian tersebut. 

Atau, apakah mungkin agenda LGBT yang dibawakan Bersih 4 sama, selari dengan agenda parti-parti politik seperti DAP dan PKR yang mendukung demo tersebut?

Adakah ini juga wadah progresif Islam yang dibawakan oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) yang rata-rata terdiri daripada ahli-ahli Sorga? 


Tidakkah mereka 'peduli' dengan agenda LGBT Seksualiti Merdeka yang dibawakan oleh Bersih 4 itu?

Semoga mana-mana Muslim yang masih berkira-kira mahu menunjukkan sokongan kepada demo Bersih 4 kelak, harus memikirkan dalam-dalam agenda halus yang datang bersama-sama dengan agenda Bersih.

Melihat kepada Arab Spring dan ‘failed states’ yang melanda umat Arab sekarang ini, kita harus sedar dan insaf bahawa demo jalanan dan anarki bukanlah jawapan kepada permasalahan yang sedang dihadapi negara.

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.