Wednesday, 1 July 2015

Zairil Khir Johari Melampau!

Tindakan Ahli Parlimen DAP, Zairil Khir Johari yang mempersoal kewujudan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) boleh dianggap sebagai melampau kerana hanya mahu membangkitkan lagi suasana tegang dalam masyarakat.
 
Ahli Jawatankuasa Kajian Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Sharifah Abdul Samad, berkata DAP sejak dahulu konsisten mempertikai badan agama Islam yang berautoriti dalam negara ini.

“Tindakan mereka boleh menimbulkan kesulitan dan DAP perlu berhenti daripada pendekatan melampau seperti ini.

“Ia jelas bertentangan dengan semangat demokrasi serta akan membangkitkan lagi suasana tegang dalam masyarakat,” katanya.

 
Benarkah dakwaan bahawa Zairil Khir Johari sebenarnya bersusur galor Lim? Jika dakwaan itu benar Jimmy Wong DAP Sabah yang mengaku Sino-Kadazan tidak keseorangan sebenarnya?!

Beliau berkata demikian mengulas kritikan Zairil yang mengkritik kewujudan JAKIM yang disifatkan sebagai bertentangan dengan Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.

Sharifah menegaskan bahawa proses penubuhan JAKIM bermula dengan sebuah urusetia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 1969 selepas MKI ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja pada tahun 1968.

Pada tahun 1974, urusetia MKI telah dinaik taraf kepada Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri yang kemudiannya pada tahun 1985 dijenamakan semula sebagai Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).

“BAHEIS dinaik taraf menjadi sebuah jabatan berkuat kuasa pada 1 Januari 1997 yang dinamakan sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Penubuhan JAKIM dilihat sebagai salah satu landasan dalam memenuhi keperluan masyarakat Islam.

“Jadi penglibatan Majlis Raja-raja serta Kerajaan Persekutuan dalam penubuhan JAKIM menunjukkan tuduhan DAP tersebut tidak benar.

“Malah, penubuhan JAKIM menepati semangat Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam agama Persekutuan dan mengikut undang-undang Perlembagaan, pihak eksekutif bertanggungjawab mempertahan kakitangan perkhidmatan awam dan bukan sebaliknya,” ujarnya.



http://www.ismaweb.net/2015/06/kritik-jakim-dap-melampau-mahu-cetus-suasana-tegang/

2 comments:

  1. Kalau bukan Melayu tak payah la nak mengaku Melayu. Tak malu ke?

    ReplyDelete
  2. Patut dikenakan tindakan akta hasutan Zairil ni. itulah DAP menggunakan Melayu untuk kritik Islam...betapa jahatnya.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.