Monday, 6 July 2015

Wan Saiful IDEAS-Bankrap Idea, Buli Aktivis ISMA!

Cakap tak serupa bikin! Di manakah demokrasi dan kebebasan yang diperjuangkan oleh Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan?
 
Itu antara reaksi pengguna laman sosial setelah melihat Wan Saiful ‘kepanasan’ dengan aktiviti dakwah rumah ke rumah oleh ahli Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam sederhana, yang sampai ke rumahnya semalam.

Sikap Talam Dua Muka Liberalis Malaysia

Sambil menyifatkan tindakan itu seperti gerakan Kristian Jehovah’s Witness, Wan Saiful menulis dia berfikir akan meletakkan papan tanda ‘haram pijak selepas pagar ini’.

“They now visit house to house, following Jehovah’s Witness method, distributing leaflets. I am thinking about putting a sign to say “Haram pijak selepas pagar ini”,” tulis Wan Saiful sebagai kapsyen gambar kad dakwah aktivis Isma DHL, Siti Fatimah yang dimuatnaik di laman facebook miliknya.

Baca Artikel Ini "Does Wan Saiful know what the duck he's suggesting for Article 153?"


Di ruangan komen Ahmad Shukeri Azizan berkata, demokrasi Wan Saiful telah hilang.

“Menggelupur, sebiji macam Farouq Musa, memang tipikal penyokong liberal ni cepat sentap? Chief Executive of Institute of Democracy and Economic Affairs, seriously?” tulis Soleh Ismail.

Aiman Zainal menulis, “Eh2 , nak haram-mengharamkan la pula, tak liberal-demokratik la bro.”

Adam Alwi Ezazwealth pula menulis, “I am pretty amazed by Wan Saiful’s reaction to this as i thought he is being so liberal (at least in economic philosophy) and so called Democracy.”

Sementara itu, ramai pengguna yang memuji aktiviti dakwah yang dijalankan oleh aktivis Isma.

Hanim Mardiyah menulis, “Haram pijak sebab apa ya..? agaknya.. macam ni lah sikap kafir quraisy yang amat membenci Rasulullah bertandang dan mengetuk pintu rumah bagi menyebarkan dakwah… terus maju isma, saya bukan ahli isma, cuma saya rasa apa isma buat ni betul. kepada saudari fatimah dalam kad tu..fb ni jadi saksi usaha enti. syabas.”

“Tahniah ISMA DHL! Gerakan yg penuh dengan IDEA kreatif dan di luar kotak……..smpi org IDEAS pun marah,” tulis Muhammad Lukman Al Hakim.

Nurul Aizam Zaini menulis, “Tahniah ISMA DHL. Teruskan usaha seru manusia tunduk pada Allah.”

Adnin Roslan pula menulis:
“Nabi buat dakwah rumah ke rumah. Sehingga abu jahal punya rumah nabi ketuk tiap hari, dan abu jahal amat membencinya, dan menghalau nabi. Rasa2nya, kalau nabi masih ada dan dakwah ketuk pintu rumah kita, apakah reaksi kita? “Haram pijak lepas pagar ini”. Tahniah ISMA atas usaha ini. Ini bukan cara jehova’s. Ini cara semua pendakwah yg cinta islam.”



http://www.ismaweb.net/2015/07/dakwah-islam-ketakutan-wan-saiful-seperti-abu-jahal/

6 comments:

  1. geng liberal adalah manusia yang paling hipokrit. selama nu kita ditipu liberal = terbuka. tapi ternyata motto mereka adalah my way or the highway. sekiranya tak suka orang datang dakwah kat rumah, bagitau saja terima kasih tapi saya tak minat. letak haram pijak rumah dia pun boleh. dah nama rumah dia kan ikut suka la. tapi ingat la tetamu datang bawak rezeki. apatahlagi tetamu yang datang berdakwah. takpe la kita haram nanti bila dia meninggal sudi la kawan2 melayu dan kapir liberal dia datang sembahyang dan mandikan mayat dia.

    jentayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya setuju Tuan, nampak sangat tahap hipokrasi tahap gaban mereka! Allah SWT dah tunjuk belang sebenar mereka. Tahniah aktivis ISMA.

      Delete
  2. Terlalu banyak pilihan Najib melawan fitrah. Untuk apa pertubuhan-pertubuhan yang rata-rata sekular dan pro barat ?

    Sekarang PM.keluh kesah, bagaimana keluh kesah nya kita, Umat Islam benar yang ingin melestarikan Islam itu sendiri di hambat manusia2 munafik, evangelis dan beberapa pemimpin Umno sendiri yang tersasar.

    Kita tidak boleh mengharap Pas, apa lagi PKR kerana mereka golongan talam dua muka. Bukan saya ingin mengata, tetapi perilaku mereka tidak menzahirkan nur Islam, di mana umpama penjihad perang Nabi SAW, lari dari medan perang ! Pengecut dan penting keduniaan dengan alasan yang amat di nista Allah SWT...

    Berhati-hati lah kita semua kerana politik yang boleh menjahanamkan negara dan masa depan warisan dan ketamddunan. Dap dan sekutu nya ingin mengubah lanskap negara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita berdoa mungkin selepas 'badai' yang sedang melanda negara ini surut, barisan pemimpin yang benar-benar bersih, cekap dan amanah akan ke depan. Tiada lagi geng2 yang mudah terkesima dengan kapal2 mewah.

      Delete
  3. Berhati-hati dgn pkr liberal yang kononnya berdamping dgn pas. Di tuduh nya orang lain, fence sitters. Tapi, tak nak bermenantukan orang dakwah. Pelik jgk, bukan ke pas dan pkr sekutu, tapi ahlinya tak sebulu? At least, fence sitters pon boleh daawa-friendly, walau pon tak la pandai nak berdakwah bagai.
    At least I am willing to listen to them and support their activiities as compared to the liberals who claim and behave to be all-knowing and superior than the rest.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang-orang Muslim kalau dia kata dia liberalis, berteriak dengan bangga dengan konsep liberal yang dipegang dan diajarkan barat, sebenarnya sebagai senjata untuk 'menjinakkan' Islam dalam ayat yang lebih sopan adalah keliru semata-mata!

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.