Saturday, 25 July 2015

TPPA, Perjanjian Paling Primitif-ISMA

Malaysia perlu keluar daripada rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), jika tidak ia boleh dianggap sebagai perjanjian paling primitif di era moden ini, tegas Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Abd Rahman Mt Dali.



 
Sejak bermulanya perbincangan TPPA pada 2010, rakyat langsung tidak diberitahu mengenainya, malahan Kabinet dan Ahli Parlimen juga tidak dimaklumkan.

“Persoalannya, mengapa perlu berahsia? Ini bukan zaman batu atau zaman kuno sehingga kerajaan mahu merahsiakan kepada rakyat.
“Lebih menjengkelkan apabila kandungan perjanjian itu akan diberitahu hanya mungkin selepas empat tahun ditandatangani. Ia bermakna jika tahun ini diputuskan, kita hanya akan mengetahui kandungan perjanjian itu pada tahun 2019.

“Tidakkah terlalu primitif sehingga meletakkan rakyat dalam kegelapan? Ini cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan,” katanya kepada Ismaweb.

Semalam media menyiarkan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir Hamim Samuri bahawa perbincangan dan rundingan TPPA memasuki fasa akhir melibatkan ketua-ketua negara dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

Meluahkan kebimbangan itu, kata Abdul Rahman, TPPA ini adalah agenda kerajaan AS yang ditekan oleh kuasa Yahudi yang mencengkam ekonomi dunia dan sangat memberi kesan kepada ekonomi sesebuah negara.

Ia memberi kesan yang menjangkau lebih daripada konteks perdagangan barangan dan perkhidmatan. Antaranya kepada masa depan kesihatan, sosial, ekonomi, politik, sivik, pendidikan dan budaya yang melibatkan berapa juta rakyat negara ini.

“Inilah satu penjajahan baru yang bakal ‘dinikmati’ oleh rakyat selepas ini. Ia adalah konspirasi Yahudi.
“Kita tiada pilihan lain, jika tidak mahu menggadaikan negara, sebagai rakyat Malaysia, kita wajib tolak perjanjian ini,” katanya.

Sebanyak 12 negara menyertai rundingan TPPA iaitu Australia, Brunei, Chile, Kanada, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Tindakan Malaysia menyertai rundingan TPPA menimbulkan kebimbangan banyak pihak khususnya terhadap kesan ekonomi yang terpaksa ditanggung rakyat, akibat perjanjian itu.



http://www.ismaweb.net/2015/07/tppa-perjanjian-paling-primitif/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.