Wednesday, 8 July 2015

Teresa Kok Dan DAP Sengaja Mempolitikkan Islam

Semua komentar berkenaan kod etika pemakaian yang sengaja dicetuskan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) cauvinis DAP, Teresa Kok sejak akhir-akhir ini hanya merupakan agenda politik parti itu.
 
Bercakap kepada Ismaweb, Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Suhail Suffian berkata, puak-puak ini menjadikan syariat Islam demi kepentingan politik sempit mereka.



“Mana tidaknya, Teresa pernah membuat kenyataan yang ‘JPJ is not a mosque’, ‘saya menghormati agama lain’ dan yang terkini “….saya memang tertarik dengan kostum lelaki Iban yang merupakan setengah bogel ataupun ‘tidak tutup aurat’ ini.

“Dia mempermainkan syariat dan menggunakan hujah mempersendakan tradisi Iban untuk keuntungan politik.

“Kalau pakai tudung dapat tarik undi, pakailah sebentar, kalau kritik syariat dapat keuntungan, maka kutuk habis-habisan tanpa moral mahupun sensitiviti. Semua ini hanya politik mereka,” katanya.

Ini berikutan Teresa di Facebooknya kelmarin memberitahu bahawa dia menghadiri sambutan Gawai dan Kaamatan, dan dia tertarik dengan kostum lelaki Iban separuh bogel.



Bagaimanapun dalam tulisannya itu, dia seolah menyindir mengatakan pakaian tradisi Iban ini memang akan dilarang masuk pejabat kerajaan dengan kod pakaian perkhidmatan kerajaan sekarang.

Jelas Ustaz Suhail, aurat merupakan syariat Allah yang diturunkan dan menjadi suatu yang wajib dan sudah dimaklumi ianya syiar yang menunjukkan seseorang itu Islam.

“Tiada siapa pun khilaf mengenai perkara ini. Cuma, adakah seorang muslim yang waras dan baik akan berdiam diri sahaja bila ‘syariat’ kita diperlakukan sebegini?,” katanya.



http://www.ismaweb.net/2015/07/isu-pakaian-dap-teresa-permain-syariat-islam-demi-politik/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.