Wednesday, 1 July 2015

Sabah Sokong SPRM Siasat Sindiket Sijil Anak Negeri

Kerajaan negeri menyokong penuh tindakan Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) menyiasat sindiket pengeluaran Sijil Anak Negeri yang palsu susulan penahanan 31 individu terma­suk tiga dipercayai bergelar Datuk dalam beberapa serbuan baru-baru ini.

Demikian ditegaskan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang melihat tindakan tegas dan menyeluruh itu amat penting bagi membanteras sindiket tersebut.

Malah, beliau memberitahu, tindakan berkenaan juga adalah bagi memastikan hak-hak anak negeri terus terpelihara.

"Tidak ada setitikpun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh Jimmy Wong kerana ibu bapanya adalah daripada keturunan Cina, sebagaimana yang tercatat dalam sijil lahirnya.

"Sebab itu, Lembaga Pegawai mendapati Jimmy Wong telah tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64),” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah semalam.

 
“Kita akan membincangkan dengan jabatan dan agensi berkaitan tentang tindakan ke atas mereka yang kini memiliki sijil palsu,” katanya dalam satu kenya­taan di sini semalam.

Baru-baru ini, SPRM menahan 31 individu termasuk tiga orang dipercayai bergelar Datuk berhubung pemilikan Sijil Anak Negeri Sabah yang dipalsukan.

Kegiatan pemilikan sijil palsu tersebut terbongkar apabila seorang individu bukan bumiputera Sabah menggunakan Sijil Anak Negeri untuk membuat tawaran dan memenangi plot tanah seluas 1.61 hektar bernilai RM1.7 juta dalam lelongan awam di Tawau sebelum menjualnya semula dengan harga tinggi.

Ciri-ciri dokumen palsu itu adalah meletakkan cap pengesahan di tempat yang tidak sepatutnya, tandatangan Orang Kaya-Kaya Kampung (OKK) tidak sama selain warna sijil berbeza daripada yang asal.

Siasatan di Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) dan Mahkamah Anak Negeri turut mendapati suspek yang ditahan adalah rakyat tempatan yang bukan berstatus bumiputera.

Mengulas lanjut Musa berkata, selain tindakan terhadap individu berkenaan, pihaknya juga mengesyorkan agar langkah-langkah penambahbaikan yang boleh dan perlu, dilakukan atau diberikan perhatian sewajarnya.



http://m.utusan.com.my/berita/nasional/sabah-sokong-sprm-siasat-sindiket-sijil-anak-negeri-1.108417

1 comments:

  1. Yg. heran tu kenapa PDRM/KDN tak TERLIBAT utk. MEYIASAT juga kes yg. amat PENTING ini Ben - ini sungguh GANJIL!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.