Saturday, 4 July 2015

Produk Jahiliyah Di Malaysia

Timbalan Mufti Perak, Ustaz Haji Zamri Hashim mengingatkan umat Islam supaya berhati-hati dengan produk jahiliah versi moden yang sedang menyasarkan umat Islam, khususnya di Malaysia.
 
Beliau berkata, produk jahiliah ini hanya bermotifkan memenangi hawa nafsu manusia semata-mata.

Katanya, di Malaysia, sudah muncul generasi pewaris pemuja hawa nafsu yang juga berselimut dalam perjuangan hak kesamarataan.

“Mereka bermula secara kecil-kecilan, tetapi akhirnya akan lebih parah jika pejuang yang memenangkan hak Allah tidak bangkit menentang.

“Antara mereka yang terlibat ialah sebuah NGO wanita yang sering memutarbelit pemahaman teks al-Quran terhadap kewajipan menutup rambut ke atas wanita muslimah, puak cauvinis yang konsisten menentang Islam, misalnya ketika ini dalam isu kod etika berpakaian sopan.

“Begitu juga dengan puak liberal yang memenangkan cara berpakaian ahli gimnastik. Hakikatnya, ramai lagi mereka yang terlibat dalam mempersoal kedudukan Islam di negara ini,” katanya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di masjid Masjid Abdul Rahman Auf di Rapat Setia, Ipoh, Perak hari ini. Teks khutbah itu dihantar kepada ismaweb.net.



Selain itu tambah Ustaz Zamri, pemuja hawa nafsu ini akan berusaha sedaya upaya menjarakkan umat Islam dari mendekati al-Quran.

Projek menjarakkan umat Islam dari memahami al-Quran adalah projek mega mereka.

“Digambarkan payahnya hendak membaca al-Quran, jika dibaca pun memadai hanya dengan bacaan yang merdu, kalau dihafal pun, cukup sekadar hafalan.
“Itulah formula jaminan kemenangan kem jahiliah ke atas kem syariat Allah.

“Seperti dalam surah Fussilat, ayat 26, ‘Dan orang-orang yang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyanyian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya),” katanya.



http://www.ismaweb.net/2015/07/khutbah-jumaat-isu-rambut-cauvinis-etika-pakaian-dan-produk-jahiliah-moden/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.