Friday, 3 July 2015

Penduduk Kajang Bantah Rumah Kebajikan Kristian

Persatuan Penduduk Taman Vista Emas, Kajang hari ini mengemukakan memorandum kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), membantah cadangan pembinaan sebuah rumah kebajikan oleh NGO Kristian di kawasan mereka.

Tarikh Bantahan '21 Hari Notis' sehingga 28 Julai ketika umat Islam sedang sibuk beraya?

 
Pengerusi, Fesol Aziz berkata, pihaknya membuat bantahan kerana ia berada di Zon 22, iaitu kawasan kejiranan majoriti Islam dengan kepadatan penduduk hampir 10,000 orang.

“Kewujudan rumah kebajikan ini boleh menggugat sensitiviti agama dan seterusnya boleh menimbulkan ketegangan kaum di kawasan ini khasnya dan di bandar Kajang umumnya.

“Majoriti penduduk dikawasan ini adalah beragama Islam, maka sangat tidak sesuai rumah kebajikan itu dibina di kawasan ini,” katanya.

Menurut salinan memorandum yang diperolehi ISMAweb, rumah kebajikan tiga tingkat itu dicadang dibangunkan atas lot 41153, Jalan Pintar, Pekan Kampung Sungai Tangkas.

Permohonan untuk membina bangunan itu dibuat Persatuan Rumah Caring Kajang di bawah NGO Kristian, Malaysian Care.

Fesol berkata, dalam laman web rasmi mereka, Malaysian Care yang ditubuhkan pada 1979, secara jelas menyatakan misi mereka adalah untuk mengembangkan ajaran Kristian kepada mereka yang memerlukan.

“Ini sangat bertentangan dengan aqidah umat Islam yang majoritinya adalah penduduk tetap di kawasan ini,” katanya.

Benarkah ini logo pemilik kepada bangunan yang mahu dibina tersebut, mohon pencerahan?


Kebimbangan turut dizahirkan dalam memorandum itu, ekoran operasi pusat kebajikan itu yang juga menawarkan khidmat pemulihan kepada penagih dadah.

Fesol berkata, tindakan itu bakal memberi kesan negatif terhadap masyarakat di kawasan itu yang terkenal sebagai kawasan kejiran ahli akademik dan profesional.

“Generasi setempat juga akan terdedah dengan pengaruh negatif yang dibawa oleh penagih yang tinggal di rumah itu.

“Risiko penagih lari dari rumah kebajikan itu dan berlaku kes kecurian juga boleh membahayakan penduduk setempat,” katanya.

Sehubungan itu beliau mahu MPKJ mengambil serius aduan penduduk dan tidak meluluskan permohonan persatuan Kristian itu.


http://www.ismaweb.net/2015/07/penduduk-bantah-ngo-kristian-bina-rumah-kebajikan-di-kajang/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.