Friday, 3 July 2015

PEMBINA Lancar Kempen #BeliaTolakLGBT

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mengajak seluruh umat Islam untuk bersama-sama membantah kewujudan penyebaran ideologi songsang sehingga wujudnya golongan Lesbian Gay Bisexual Transgender (LGBT) di Malaysia.
 
Menggunakan hashtag #‎BeliaTolakLGBT pengguna laman sosial diajak berkongsi gambar di akaun facebook mereka bermula hari ini dengan gambar khas yang disediakan di facebook.



“Ayuh! Sebagai umat Islam, kita wajib membantah penyebaran ideologi LGBT di Malaysia!

“Kita share post ini di wall masing-masing dan sebarkan sehingga dunia tahu bahawa lebih ramai menolak LGBT berbanding yang menyokongnya,”menurut status yang ditulis di facebook PEMBINA.

“Berjuta-juta orang telah bersorak menyokong dan meraikan berita yang kononnya gembira itu. Mereka mula menukar ‘profile picture’ di laman sosial kepada warna pelangi tanda sokongan mereka terhadap undang-undang rimba itu.

“Perkara ini menjadi trend dan ianya telah dikuti oleh orang bukan Islam di seluruh dunia. Sedangkan dalam Islam sudah jelas hubungan sejenis diharamkan sama sekali.

“Namun yang menyedihkan apabila umat Islam telah mengikut telunjuk sokongan LGBT ini.

“Mereka menukar gambar di facebook dan menyatakan sokongan atas nama kebebasan pada golongan LGBT ini. Kononnya mereka mendakwa umat Islam perlu bersikap adil pada mereka atas hujah Islam rahmat sekalian alam,” kata status itu lagi.

Justeru, hari ini PEMBINA bangkit untuk menyedarkan masyarakat agar tidak terus jahil tentang isu ini.

“Kita tidak mahu mereka ikut sahaja telunjuk orang bukan Islam dan terus lembik untuk tegakkan pendirian Islam. Dan yang paling penting, menghentikan penyebaran golongan LGBT ini daripada terus merebak di tanah air kita.”



http://www.ismaweb.net/2015/07/pembina-lancar-kempen-beliatolaklgbt/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.