Saturday, 4 July 2015

'Nenek Rasis'-Ketua Menteri Pulau Pinang Diarah Bayar RM500,000

Memberi gelaran nenek rasis kepada Datuk Jahara Hamid, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diarah membayar ganti rugi sebanyak RM500,000.
 
Perkara itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Nordin Hassan yang turut mengarahkan Guan Eng membayar kos guaman sebanyak RM40,000 berserta faedah sebanyak lima peratus.

Jahara Hamid patut ajar UMNO bagaimana mereka patut saman DAP kerana sering fitnah UMNO sebagai parti perkauman


Nordin turut mengarahkan Guan Eng menarik balik gelaran terhadap Jahara selain mengeluarkan injunksi menahannya daripada mengulangi kata-kata fitnah.

Jahara yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar sebelum ini memfailkan saman terhadap beliau, selepas menggelarnya sebagai nenek rasis dalam sidang akhbar di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Disember tahun lalu.

Ketua Menteri Pulau Pinang untuk semua?


Guan Eng membuat gelaran itu apabila beliau mengatakan Jahara cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.



http://www.ismaweb.net/2015/07/gelar-jahara-nenek-rasis-guan-eng-diarah-bayar-rm500000/ 

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.