Friday, 3 July 2015

MPKJ Disaran Tolak 'Rumah Kristian'

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) didesak untuk menolak permohonan Persatuan Rumah Caring Kajang yang dilaporkan mahu membina rumah kebajikan tiga tingkat itu lot 41153, Jalan Pintar, Pekan Kampung Sungai Tangkas.


Yang Di Pertua Ikatan Muslimin Malaysia cawangan daerah Hulu Langat (Isma DHL), Mohd Noor Azib Asmangi memberitahu Ismaweb, Persatuan Rumah Caring Kajang itu merupakan salah satu badan yang tersenarai di bawah Malaysian Care yang aktif menyebarkan agama Kristian melalui projek-projek kebajikan.

Rakyat Kajang yang tinggal disekeliling harus membantah dengan keras dan berkesan pembinaan bangunan Kristian dikawasan mereka


Jadi cadangan persatuan tersebut untuk membina rumah kebajikan di Sungai Tangkas yang mana majoriti penduduk di situ adalah beragama Islam adalah tidak wajar dan perlu ditolak dengan tegas.

“Isma DHL mendesak agar pihak MPKj membatalkan hasrat pembinaan rumah kebajikan tersebut bagi menjaga keharmonian penduduk setempat.

“Tambahan pula dibimbangi sekiranya rumah kebajikan tersebut akan menjadi alat untuk menanamkan dakyah kristian kepada penghuni dan masyarakat setempat.

“Isma DHL mencadangkan agar pihak Persatuan membertimbangkan kawasan lain yang berhampiran penduduk menganut Kristian seperti Sungai Chua dan lain-lain untuk tujuan rumah kebajikan itu,” katanya kepada wartawan.

Semalam Ismaweb melaporkan Persatuan Penduduk Taman Vista Emas, Kajang telah mengemukakan memorandum kepada MPKj bagi membantah cadangan pembinaan rumah kebajikan itu.

Ini berikutan Pengerusinya, Fesol Aziz berkata, pembinaan itu berada di Zon 22, iaitu kawasan kejiranan majoriti Islam dengan kepadatan penduduk hampir 10,000 orang.

Kewujudan rumah kebajikan ini boleh menggugat sensitiviti agama dan seterusnya boleh menimbulkan ketegangan kaum di kawasan ini khasnya dan di bandar Kajang.



http://www.ismaweb.net/2015/07/isma-hulu-langat-desak-mpkj-tolak-permohonan-bina-rumah-kebajikan-kristian/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.