Thursday, 2 July 2015

Kempen Burukkan Islam Di Barat Gagal?

Satu kajian terbaru oleh sebuah firma antarabangsa telah membersihkan imej Islam dari momokan ‘ekstremis’, apabila hasil dapatan merumuskan Islam bukan satu ancaman kepada kebebasan agama lain.
 
Kajian dibuat oleh firma penyelidikan LifeWay yang berpangkalan di Nashville, terhadap 1,000 warga Amerika Syarikat (AS), dengan soalan adakah Islam memberi ancaman kepada kebebasan beragama di AS dan seluruh dunia.

Tentu musuh-musuh Islam sedang menyusun semula strategi untuk memburukkan Islam dan umat Islam dengan lebih berkesan lagi.


Data kajian itu menunjukkan 52 peratus responden tidak bersetuju dengan hujah itu dan memilih bahawa Islam bukan ancaman kepada kebebasan agama lain di AS, berbanding hanya 39 peratus menyatakan bersetuju, manakala 9 peratus lagi tidak pasti.

Bagi soalan sama ada Islam memberi ancaman kepada dunia pula, 47 peratus responden menyatakan tidak, berbanding 40 peratus bersetuju dan 13 peratus lagi menyatakan tidak pasti.

“Enam daripada sepuluh warga Amerika tidak setuju bahawa Islam memberi ancaman kepada global,” hasil rumusan kajian itu dipetik.

Data kajian juga menunjukkan, kumpulan yang bersetuju bahawa Islam memberi ancaman adalah daripada mubaligh Kristian dan Evangelis, manakala majoriti rakyat biasa dan kumpulan tanpa agama, berpendapat sebaliknya.

Barat termasuk AS selama ini mewujudkan kempen prejudis mendakwa Islam sebagai agama ekstremis dan pengganas.

Kempen secara meluas itu telah memberi imej buruk terhadap Islam dan mewujudkan Islamophobia di kalangan masyarakat dunia.



http://www.ismaweb.net/2015/07/islam-bukan-ancaman-di-as-dan-dunia-kajian/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.