Saturday, 4 July 2015

KDN Haramkan 6 Buku Agama

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap pencetakan dan penerbitan enam buku berunsur keagamaan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam, berkuat kuasa 9 Jun lalu.
 
Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Hashimah Nik Jaafar dalam satu kenyataan berkata, kandungan buku itu didapati mengandungi unsur-unsur yang boleh mengelirukan umat Islam di negara ini dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan Hadis.

 
Kenapakah penerbitan Kristian yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara seperti mahu dilayan istimewa?

Buku tersebut bertajuk “Sakit Apakah Ubatnya? Penelitian Daripada Al-Quran dan Hadis” yang diterbitkan oleh WJSB Resources; “55 Dongeng Teladan Untuk Anak Muslim” terbitan Penerbit Putra Jaya Surabaya; “Misteri Aneh dan Ganjil Bukti Keagungan Allah” (Fourbass Prints Sdn Bhd) dan “Misteri Aneh dan Ganjil 2 Membongkar Kewujudan Makhluk Halus” (Power Press & Design (M) Sdn Bhd).

Dua lagi buku berbahasa Inggeris “Muhammad: A Story of God’s Messenger and the Revelation that Changed the World” terbitan Harper Collins Publishers dan “The Golden Laws: History through the Eyes of The Eternal Buddha” diterbitkan Lantern Books A Division of Booklight Inc.

Menurutnya, pewartaan Perintah Larangan itu adalah menurut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Menurut subseksyen 2 Seksyen 8 akta sama, mana-mana pihak yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk dijual, mengedar atau memiliki penerbitan larangan adalah melakukan kesalahan.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.



http://www.ismaweb.net/2015/07/kdn-warta-larangan-penerbitan-6-buku-berunsur-agama/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.