Friday, 3 July 2015

DAP Suka Ajar Budaya 'Memberontak'

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Abd Rahman Mt Dali menyifatkan parti rasis dan cauvinis DAP sejak akhir-akhir ini sering menunjukkan lagak suka melawan.
 
Menyerlahkan lagi sikap suka melawan itu ianya ditunjukkan dalam isu kod etika berpakaian baru-baru ini.
Beliau berkata, DAP dengan sengaja mahu membudayakan sikap melawan, membangkang dan memprotes apa sahaja peraturan yang ditetapkan termasuklah isu-isu yang berkaitan dengan kedudukan Islam di negara ini.

Budaya biaDAP


“Mereka kira, apa yang mereka tidak suka, mereka akan protes. Mereka membiasakan budaya mencabar sehingga ianya berjaya diterima dalam masyarakat. Mereka cuba mengajar rakyat untuk melawan.

“Macam isu kod etika pemakaian ini, mereka cuba menunjukkan protes yang mereka tidak bersetuju dengan peraturan yang ditetapkan. Hasilnya, akan ada pengikut sealiran yang menyokong mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas sikap cauvinis DAP yang masih suka memprotes pelbagai isu selain kod etika ini.

Terdahulu dalam isu kalimah Allah mereka menunjukkan kelantangan mereka. Ini apabila Lim Guan Eng menegakkan pendiriannya bahawa tiada larangan dikenakan terhadap masyarakat bukan Islam di Pulau Pinang untuk menggunakan kalimah Allah sekalipun mahkamah menetapkan ianya khusus untuk orang Islam sahaja.

Begitu juga dalam isu pesta arak Oktoberfest yang dihalang penganjurannya, tetapi Adun DAP Teresa Kok dilaporkan tetap menghadiri pesta tersebut untuk memberikan sokongan kepada penganjur.

Lebih daripada itu, pemimpin veteran mereka, Lim Kit Siang bukan sahaja pernah mempertikaikan khutbah Jumaat yang dikeluarkan JAKIM, bahkan beliau mendakwa ayat Al-Quran yang dibaca dalam satu khutbah Jumaat sebagai satu seruan meniupkan sentimen persengketaan agama di dalam negara ini.

Justeru, Abdul Rahman berkata, jika DAP terus membudayakan sikap seperti ini, negara pasti hancur kerana mempunyai rakyat seperti mereka.

“Bayangkan apa yang akan terjadi kepada negara? Ada peraturan tetapi tidak mahu ikut. Yang mereka tahu hanya membangkang,” katanya.



http://www.ismaweb.net/2015/07/dap-ajar-rakyat-perangai-suka-melawan/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.