Wednesday, 29 July 2015

Boikot Low Yat, Sokong Kedai Melayu-Muslim!

Gadgets World 666 yang menjual pelbagai produk aksesori telefon bimbit kini memiliki 13 cawangan di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Perak, dalam tempoh setahun ia mula ditubuhkan.


 
Ia berkembang pesat hasil sokongan pihak terutama pembeli Melayu selain pengalaman berharga selama 10 tahun dalam bidang perniagaan aksesori telefon bimbit yang dimiliki pemilik kedai itu, Mohd Kamarulhuda Mohd Kamal.

Beliau yang berusia 46 tahun berkata, kedai alat telekomunikasi yang mula dibuka pada 4 Mei tahun lalu di Kota Damansara itu menawarkan pelbagai aksesori dan peralatan pelbagai jenis telefon bimbit pada harga borong dan sangat berpatutan iaitu serendah RM1 sehingga RM200 mengikut jenis aksesori.

“Hal ini kerana kami berurusan secara terus dengan pihak pembekal dan tiada caj orang tengah seperti kebanyakan peniaga aksesori yang lain,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Katanya, masyarakat perlu membuang persepsi bahawa perniagaan aksesori telefon bimbit hanya dipelopori oleh kaum tertentu.

“Orang Melayu juga boleh buka kedai aksesori telefon bimbit sama macam orang lain, malah kami menawarkan harga yang lebih istimewa berbanding kebiasaannya,” jelasnya.

Sehingga kini, 85 orang pekerja berkhidmat di Gadgets World 666 di seluruh cawangan.

“Tujuan kami ikhlas iaitu ingin membantu orang Melayu mendapatkan aksesori pada harga yang berpatutan, selain membuka peluang pekerjaan untuk anak-anak muda Melayu,” katanya.

Kedai itu beroperasi dari jam 10 pagi hingga 4 pagi.

Nama Gadgets World 666 mula diangkat di media sosial sebagai alternatif kepada Plaza Low Yat, berikutan plaza itu mula diboikot sejak tercetus insiden pada akhir bulan Ramadan baru-baru ini.



http://www.ismaweb.net/2015/07/kedai-aksesori-telefon-melayu-gadgets-world-666-dapat-sokongan-ramai/

1 comments:

  1. Core business Low Yatt ialah brg2 komputer, bukan gadget2. Setakat gadget2 ni mmg byk option lain tp bagaimana pula dgn brg2 komputer sekiranya kita betul2 mahu boikot Low Yatt?

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.