Thursday, 2 July 2015

Bantah Kod Pakaian Perbuatan Orang Tidak Bertamadun!

Pendakwah dan juga pensyarah, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah hari ini mencabar puak ultra kiasu dan pihak yang tidak bersetuju dengan etika pemakaian, untuk masuk ke gereja dengan hanya berseluar dalam.
 
Menyifatkan puak yang membantah kod etika itu sebagai tidak bertamadun, beliau berkata tidak ada agama yang membenarkan penganut mereka berpakaian mencolok mata.

“Puak-puak jenis ini manusia tak bertamadun. Tidak ada agama yang membenarkan pakaian mencolok mata.

YB, baju merah semasa kematian pantang tak bagi orang Cina? #KinraraDAPasalbukantelanjang


“Elok juga mereka-mereka ini masuk ke gereja atau tokong dengan berseluar dalam sahaja selepas ini jika tidak percaya kepada etika pakaian,” katanya ketika dihubungi ISMAweb.

Beliau diminta mengulas tindakan pemimpin parti cauvinis DAP, Ng Sze Han, yang sengaja menyindir kod etika pemakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara itu kelmarin mengeluarkan satu notis di facebooknya, membenarkan orang yang mahu berurusan di Pusat Khidmat Kinrara memakai apa saja jenis pakaian, kecuali berbogel.

Sze Han berkata, orang ramai boleh memakai skirt atau seluar pendek, baju tanpa lengan atau apa saja pakaian yang dirasakan selesa.

Selain itu, dia juga memuat naik gambar yang menunjukkan tujuh cara berpakaian yang boleh dipakai untuk berurusan di pusat khidmat itu.

Antara yang boleh dipakai ialah pakaian sukan gimnas, pakaian ketat dan kain berbelah di bahagian paha.

Awal bulan lalu, isu kod etika pemakaian di jabatan kerajaan menjadi hangat apabila seorang wanita Cina berpakaian skirt pendek atas paras lutut yang mahu berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diarah memakai kain sarung oleh anggota RELA yang bertugas di jabatan itu.

Gambar wanita itu kemudian menjadi viral dalam media sosial hingga mendapat kecaman daripada pemimpin dan penyokong parti cauvinis itu.

Selain itu, dua wanita yang juga memakai pakaian tidak sopan dihalang berurusan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor.



http://www.ismaweb.net/2015/07/elok-masuk-gereja-pakai-seluar-dalam-sahaja-ridhuan-tee/

1 comments:

  1. BERNAS komen Prof. Ridhuan Tee tu Ben - mana ada gereja/kuil mahupun JPA Barat sendiri yg. akan benaqkan pengunjung hampir telanjang-ala pelacur/penagih dadah-ANJING KURAP!

    Ini kan dah menyalahkan kuasa guna-guna JAWATAN KERAJAAN NEGERI utk. MELANGGAR undg-undg Perlembagaan 3(1) di mana Islam adalah Agama Negara, Perkara 11. Kebebasan beragama (5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral, dan DYMM YDPA telah BERSUMPAH untuk MELINDUNGI ISLAM!

    Dan PROMOSI bahan LUCAH kpd. orang awam ini juga di syaki melanggar undg-undg di bawah Akta Jenayah BAHAN LUCAH yg. berkaitan dgn. PORNOGRAFI serta GANGGUAN SEKSUAL di bawah Kanun Jenayah seksyen 292, 293 294 dan 509, dan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) Seksyen 211 dan 233 serta AKTA PERLINDUNGAN WANITA DAN GADIS 1973 (AKTA 106)! Dan sengaja buat ni di bulan PUASA pula tu!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.