Sunday, 28 June 2015

Zairil Khir Johari : Ahli Parlimen Yang Buta Perlembagaan

Mungkin belum sempat sembuh dari kemabukan semalam, Joseph Sipalan, Assistant News Editor di The Malay Mail, menulis rencana yang membuat satu pendedahan besar kepada rakyat Malaysia.


Penulisan bertajuk "In Recurring Religious Conflicts, Muslim MPs ask where Malaysia is headed", mendedahkan betapa wartawan Malay Mail ini mempunyai pengetahuan cetek mengenai Perlembagaan Persekutuan. Dia memulakan penulisan dengan kenyataan berikut :

Muslim lawmakers from both sides of the political divide have raised concerns over the seeming trend of Muslims imposing their beliefs on others, questioning if this is reflective of a wider agenda that is backed by Putrajaya to turn Malaysia into an Islamic State.

Bukan hanya buta Perlembagaan, penulisannya itu juga menunjukkan beliau turut buta sejarah. Bagaimana untuk menukar negara ini menjadi sebuah negara Islam pada ketika mana negara ini memang sebuah negara Islam menurut Perlembagaan?

Perkara 3 (1) Perlembagaan menyatakan hal mengenai Agama Negara dengan jelas :

Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.


Begitu juga sejarah asal negara ini yang dibentuk melalui persekutuan negeri-negeri Islam di Nusantara ini. Sebelum British membawa masuk pendatang untuk kepentingan ekonomi mereka, Islam adalah agama bagi negeri-negeri dalam negara. Begitu juga apabila British meninggalkan negara ini dan tidak membawa pulang pendatang-pendatang yang dibawa mereka pulang bersama mereka, negara ini ditinggalkan dengan mengekalkan status quo Agama Negara sebagai Agama Islam. Ia tidak pernah berubah kecuali dalam kemabukan penulisan waratawan picisan seperti Joseph Sipalan.



Sipalan yang merupakan Si Polan yang menulis penulisan ini juga mengambil jalan mudah menggunakan Ahli Parlimen yang buta perlembagaan untuk mengesahkan halusinasi penulisannya.

Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera dengan Islam sebagai AGAMA RASMInya, dipetik Malaymail sebagai mengkritik peranan kewujudan JAKIM yang dikatakannya bertentangan dengan Perlembagaan. Ini halusinasi yang datang dari pembuat undang-undang yang jelas keliru dengan serba serbi termasuk identiti bangsanya.

Malaymail dan Zairil Khir Johari, bolehlah diibaratkan seperti pepatah pinang dibelah dua. Kedua-duanya berdarah Cina yang sibuk menjaja identiti Melayu pada penampilan zahir mereka.

Semua orang mahu menjadi Melayu. Itulah yang diperkatakan dan ditertawakan di dalam sidang meja bulat IRF pada 13 Jun 2015 tempoh hari. Tetapi ketawa besar peserta-peserta Cina di dalam sidang meja bulat tersebut terhenti bilamana salah seorang penonton melontarkan kenyataan bahawa ada orang Cina juga sibuk mengaku dirinya Melayu. Lalu Azmi Shahrom menunjukkan kepada Zairil Khir Johari dan betanya bukankah dia juga sibuk menjaja kepada dunia bahawa dia Melayu. Soalan Azmi Shahrom ini kemudiannya disambut dengan muka merah oleh Zairil dengan menyatakan beliau sendiri keliru dengan identiti dirinya.

Ya.. Semua orang mahu jadi Melayu pada ketika ini. Malaymail, akhbar yang dikuasai dan digerakkan dengan majoriti Cina di dalam pentadbiran mereka, masih dengan muka tebal menggunakan nama Malay kepada penerbitan mereka. Bukankah lebih tepat nama Malaymail diubah dari Malaymail kepada Cinamail? Ini hanya satu cadangan yang berasakan kepada realiti semasa.

Malaymail bersama Malaysian Insider yang merupakan sepupu mereka, dilihat meneruskan agenda jijik melakukan serangan demi serangan ke atas kepentingan Islam di Malaysia. Menggunakan MP yang buta perlembagaan seperti Zairil Khir Johari, mereka meneruskan agenda cuba mengelirukan pandangan awam mengenai hakikat Agama Negara ini melalui penerbitan-penerbitan mereka.

Sayang, Peguam Negara yang dikatakan sekarang ini sedang menghadapi masalah kesihatan, tidak mampu menguruskan serangan demi serangan ke atas Hak Keperlembagaan Islam dengan penuh berkesan. Kerana tindakan demi tindakannya yang kurang berkesan itulah, menjadikan akhbar-akhbar online seperti Malaymail dan Malaysian Insider semakin melampau di dalam penerbitan rencana-rencana mereka.

Bukankah sudah tiba masanya Tan Sri AG mengambil inisiatif untuk menyatakan dengan jujur kepada pemerintah bahawa masanya sudah tiba untuk dia menyerahkan tugas kepada individu yang boleh menjalankan amanah dengan sebaik-baiknya?


Penulisan Sipalan :
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/in-recurring-religious-conflicts-muslim-mps-ask-where-malaysia-is-headed

3 comments:

  1. Tuan,

    Apakah kita tidak boleh buat polis report berkenaan NAMA Malay Mail? Ianya mengelirukan....kerana perkataan MALAY tapi yang sebenarnya pentadbir dan kebanyakan yang menulis nya adalah CINA bukit dan juga Melayu yang berjiwa Cina!

    Bukankah ada satu undang undang berkaitan perniagaan yang mana nama mesti sesuai dengan content perniagaan nya???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak pasti sebenarnya tuan.. tetapi secara moralnya, tindakan Malaymail menggunakan nama Malay ketika mana ia dikawal dan digunakan untuk menjalankan agenda anti melayu adalah satu perbuatan yang sangat tidak bermora.

      Delete
    2. Tidak pasti sebenarnya tuan.. tetapi secara moralnya, tindakan Malaymail menggunakan nama Malay ketika mana ia dikawal dan digunakan untuk menjalankan agenda anti melayu adalah satu perbuatan yang sangat tidak bermora.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.