Wednesday, 10 June 2015

Umno Tercabut Kerandut Disergah Parti Cacing Kerawit

Prinsip akhir dalam lima Prinsip Rukun Negara menetapkan tentang kepentingan Kesopanan dan Kesusilaan. Kepercayaan, Perlembagaan, undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan itulah yang membezakan sebuah negara bertamadun dengan sebuah jerumun babi hutan.

MCA, parti hidup segan mati tidak mahu serta bertaraf sebuah parti cacing kerawit tanpa merit dan apa-apa sumbangan kepada Barisan Nasional kini sibuk menentukan apa yang terbaik untuk negara. Hidup dengan mengemis subsidi undi orang-orang Melayu sejak zaman berzaman, tetapi ego parti cacing kerawit ini melebihi sang naga.




Apabila isu seorang Ah Soh yang membuat gangguan seksual secara visual kepada para lelaki yang ingin berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pihak JPJ dengan secara hormatnya memberikan kepadanya kain batik untuk memastikan gangguan seksual terhadap pelanggan lelaki di JPJ dapat dikawal.

Tetapi, usaha pegawai-pegawai JPJ yang cuba memastikan peraturan kod etika berpakaian tersebut dihormati, mendapat kritikan dari Menteri Pengangkutan sendiri iaitu Dato' Sri Liow Tiong Lai. Liow Tiong Lai kemudiannya meminta maaf kepada si pelanggar peraturan meski pun sudah jelas terpampang di papan-papan notis JPJ tentang kod etika berpakaian.

Yang amat menghairankan, ke mana perginya suara pemimpin-pemimpin Islam di dalam UMNO sehingga parti bertaraf cacing kerawit berani bersuara lebih kuat dari si lembut yang memegang kerusi-kerusi pemuda UMNO?

PAS sudah berjaya menghalau keluar fraksi berengga di dalam parti mereka. UMNO bila lagi? Bila lagi mahu menghalau golongan liberal tidak berguna satu sen dan fraksi-fraksi sotong di dalamnya?
Mana suara pemuda-pemuda UMNO yang membentuk parti pemerintah dalam mempertahankan tindakan betul JPJ ini?

Sudah hilang minat untuk memerintah Malaysiakah?

10 comments:

  1. Tunggulah ben.. sampai kiamat diorg ni tak berani keluar dr sembunyi dalam kain batik. Puihhhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jadi betul telahan Tuan.. tgk sampai saat ni, sorang pemimpin UMNO pun tak keluar pertahankan polisi.

      Delete
  2. Nampak dr stail depa, mmg dah tak minat nak memerintah dah UMNO ni.. bye bye umno!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. nampak ganyanya memang dah tak minat.. kita tafsir dari semangat mrk untuk pertahankan prinsip2 rukun negara.

      Delete
  3. menteri mot patut ucap terima kasih pada pegawai jpj dia sebab standbykan kain batik supaya ahso tu tak perlu balik tukar skirt panjang yang lagi sopan. kan dah jimat masa kat situ dan dalam masa yang sama peraturan dipatuhi. kalau dulu2 orang macam ahso ni dah lama kena halau. inilah bahana slogan rakyat didahulukan sampai kerajaan dan kakitangannya kena melutut atas alasan kami customer. agaknya lepas ni kita bolehla ke pejabat2 kerajaan dengan berbogel sebab dah ada precedent kan? bolehkah lepas ni saya ke satu kedai makan dan bawa makanan luar dan hanya order air saja? saya masih customer maa. ataupun bila saya pergi kolam renang awam pakai kain pelikat atau seluar dalam sedangkan peraturan dah tetapkan hanya boleh pakai pakaian renang saja. saya bayar yuran masuk apa? ataupun pakai baju merah bila pergi pengkebumian rakan tionghua saya. you punya waris jemput saya maa bukan saya mau datang. datang pun cukup baik sebab kena keluar duit minyak dan tol. bila agaknya kerajaan nak belajar orang biadap jawabnya penampar je.

    jentayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya setuju dengan pandangan Tuan Jentayu.

      Setiap tempat ada dress codenya.. saja nak buat kecoh.

      Yg teruknya bila pemimpin Islam tak berani ke hadapan mempertahankan tindakan betul JPJ.

      Lepas ni, jom pakat2 pergi ke kolam renang dengan dress code tertentu, kita pakai ikut suka hati kita dengan menutup aurat..

      Apa jadi pada Malaysia bila kita semua mula sesuka hati melanggar undang2 macam Ah soh tak sedar diri ni?

      Patut Liow Tiong Lai berterima kasih sebab JPJ tak halau pelaku gangguan seksual tu balik.. sgt setuju tuan.

      Delete
  4. Betul tu bro....yang ada darah pahlawan bugis pun senyap je....kata bukan darah sembarangan....ah soi tu yang buat salah...jpj pulak kena mintak maaf! Siap pegawai tu nak kena siasat lagi ! Sedih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana la yg lain di dalam uMNo nak berani.. Kepala dia pun dok kena kritik lani sebab tak muncul dlm program sendiri lepas mengaku berdarah pahlawan..

      Delete
  5. Sokong tuan blog!

    Mana dia PM yang berdarah pahlawan bugis tu? hari tu punyalah jerit terpekik nak pertahan Islam Melayu katanya! Tak nak pertahankan ke JPJ ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dia cuma mampu bertahan dalam kepompong manusia pembodek dikeliling dia..

      Semoga Allah berikan kekuatan kepada dia utk membuang semua punahsihat yg merosakkan imej dia selama ni dalam keputusan2 yg tak menyebelahi Islam.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.