Tuesday, 9 June 2015

Tahniah JPJ Kerana Menghormati Prinsip Kesopanan Dan Kesusilaan RUKUNEGARA

Setiap tempat atau kawasan mempunyai peraturan tertentu yang mesti dihormati oleh setiap pelawat yang datang melawatnya. Pergi ke Bali dan cuba masuk ke dalam kuil-kuil mereka dengan pakaian yang terdedah dan sebagainya, pasti anda akan dihalau keluar.

Pergi ke konvokesyen mana-mana universiti terkemuka dunia, kod etika berpakaian tertentu mesti dihormati. Begitu juga dengan mahkamah. Bar Malaysia juga mempunyai kod etika berpakaian untuk peguam-peguam yang berdaftar dengannya. Begitu juga dengan majlis pengebumian.

Apabila manusia mempunyai akal yang sempurna, faham mengenai hak untuk menghormati tuan rumah dengan peraturan-peraturannya, maka manusia yang sempurna itu tidak akan menyondol masuk ke mana- mana tempat dan melanggar peraturan mengikut suka hati mereka sahaja.

Mana-mana manusia yang menyondol masuk ke mana-mana tempat yang mempunyai peraturan, dan kemudian diperbetulkan kerana menyondol peraturan, tetapi tidak berpuas hati lalu meringking dan mendengus di dalam laman-laman sosial, jelas golongan ini merupakan golongan yang perlu diajar disekolahkan kembali di dalam sekolah yang tegas mengajar mengenai adab dan tatasusila manusia yang bertamadun.

Apabila seorang perempuan yang berpakaian tidak mengikut etika berpakaian di JPJ, disarongkan dengan kain batik kerana tidak hormat dengan peraturan, beliau meringking di dalam laman sosial dengan menyatakan "What is this country becoming?".


Untuk pengetahuan Nyonya tersebut, terdapat kod etika berpakaian yang telah ditentukan dan dipamerkan di setiap pintu masuk JPJ. Ditulis dengan jelas bersama grafik yang jelas di dalam Bahasa Kebangsaan. Setiap Malaysian First seharusnya tidak menpunyai masalah untuk memahami Bahasa Kebangsaan yang menjelaskan tentang peraturan terbabit.

Negara ini adalah sebuah negara yang mempunyai prinsip-prinsip asas Rukun Negara. Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan & Kesusilaan adalah antara prinsip-prinsip yang mesti dihormati.

Malah terdapat di dalan undang-undang kecil tempatan mengenai etika berpakaian di tempat-tempat awam. Oleh kerana negara jni jelas merupakan sebuah negara Islam menurut Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan, maka prinsip-prinsip mengenai etika berpakaian juga hendaklah diamalkan sesuai menghormati status negara ini sebagai sebuah negara Islam.

Tahniah kepada JPJ kerana bertegas dengan kod etika berpakaian. Idea penggunaan sarong itu sangat baik dan sangat berhemah dalam melayan pelanggan dari kategorinsuka menyondol.

Jika diikutkan hati, patut sahaja pelanggan-pelanggan yang terdiri dari rakyat Malaysia seperti ini dibalut dengan kain kafan dan ditalkinkan mereka mengenai peraturan kod etika berpakaian oleh pegawai-pegawai (kecuali pegawai wahabi) ditempat tersebut. Sudah tiba masanya pemikiran-pemikiran menyondol tidak kena tempat seperti ini dikapurbaruskan untuk Malaysia yang lebih bertamadun.





10 comments:

  1. ya. Patut kapan dan talkin depa ni pada hakikat negara ni bukan tiongkok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Tuan.. ni jenis manusia yang tak sedar diri di mana bumi dipijak.

      Delete
  2. Sokong bagus30000X kena ajar puak-puak menyondol tutup aurad dan kemaluan jika dipejabat kerajaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. tp JPJ mesti disokong. Tp malang politikus melayu mcm tikus mondok.

      Delete
  3. SETUJU sama sekali Ben! Nek terkejut betul pi ke Jab. Pendaftaran HQ; dasyatnya yg. betina mahupun jantan pakai short pendeklah, mini skirtlah - mcm. BINATANG BUAS! Kat Barat pun tak dak yg. berani pakai mcm. si jalang mcm. ni kat pejabat K'jaan! Dan di Malaysia yg. NEGARA ISLAM ni, si jalang-jalang ni juga tak dak lansung nak tunjuk hormat walau di pejabat K'jaan!

    Begitu juga, perlu etika berpakaian di dalam pengangkutan awam dan mana-aman tpt. awam! Pernah sekali KTM, betina jalang asing pakai mini skirt duduk terkangkang; rasa nak tempeleng saja masuk longkang! Lain kali; nek takkan kasi can lagi; terus panggil polis bawah AKTA LUCAH dan pihak pengangkutan awam cthnya juga kena bertanggungjawab!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut semua bersuara Nek.
      Semua main senyap ja. Patut lama2 jadi beri betis nak domoi.

      Delete
  4. Replies
    1. Ya Syabas JPJ.. Liow Teong Lai perlu letak jawatan.

      Delete
  5. Kesian tak cukup kain. Bila dpt kain xbersyukur pulak tu. Siap nk politikkan. Species DAP ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg semuanya politik bagi depa ni.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.