Tuesday, 2 June 2015

SOP Untuk Alkitab, Video ‘Jesus For Johor’ & Pelancaran CPHM

Megat Rizal M.H

Sebuah pertubuhan Kristian baru khabarnya bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri hari ini dalam sebuah acara gilang-gemilang di Kuala Lumpur. Persatuan Kristian yang diberi nama Christian for Peace and Harmony Malaysia (CPHM) dilaporkan bakal menghimpunkan lebih daripada 230 wakil-wakil gereja di sekitar Lembah Klang bersama dengan beberapa ketua-ketua agama lain.

Sememangnya kita menyambut baik mana-mana pertubuhan Kristian yang mahu mendekatkan diri dengan kerajaan dan berharmoni aman-damai dengan penganut Islam seperti yang dilaporkan pengerusi kepada CPHM sendiri, Rev. Wong Kim Kong berkenaan dengan niat asal penubuhannya. Sememangnya berharmoni dan aman damai dengan Islam dan penganutnya dituntut oleh Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

Lee Min Choon, mantan Presiden Bible Society Malaysia dan Rev. Wong Kim Kong, mantan Ketua Setiausaha National Evangelical Christian Fellowship
Namun kita musykil dengan begitu banyak persatuan Kristian di peringkat nasional, hubungan antara penganut Islam dan Kristian semakin renggang dan jauh. Ini juga dikatakan berlaku apabila Titular Roman Catholic Archbishop yang pada ketika itu diketuai oleh Paderi Besar Murphy Pakiam memutuskan untuk mencabar arahan Kementerian Dalam Negeri (setelah bertahun menegur dan menasihati badan Kristian itu secara bertulis) untuk tidak menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan The Herald edisi Bahasa Melayu mereka dan menggunakan terma yang lebih tepat yakni ‘Tuhan’ untuk terjemahan ‘God’.

Walaupun kemenangan kepada kes kalimah ‘Allah’ tersebut berpihak kepada Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia, namun masih terdapat suara-suara daripada pertubuhan Kristian seperti tidak berpuas-hati malah bersikap degil sehinggakan ada yang dengan lantang mempersoalkan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan itu. Kerajaan Malaysia juga dituduh seolah-olah, pada ketika itu, telah ‘melancarkan perang’ terhadap penganut Kristian hanya kerana memutuskan untuk merayu keputusan kes yang pada mulanya telah membenarkan penggunaan kalimah tersebut kepada penerbitan The Herald.

Murphy Pakiam, Lim Guan Eng dan Teresa Kok
Terkini sudah terdapat tiga pertubuhan penganut Kristian di peringkat kebangsaan, yakni, Christian Federation of Malaysia (CFM), Council of Churches Malaysia (CCM) dan National Evangelical Christian Fellowship (NCEF) yang terkenal lantang dan terkedepan dalam memperjuangkan hal ehwal Kristian di Malaysia. 

Baru-baru ini, CFM contohnya telah membantah SOP Alkitab yang sedang dirangka oleh Kementerian Dalam Negeri seolah-olah mahu Alkitab yang mengandungi kalimah Allah ‘bebas bergerak’ di Semenanjung Malaysia walaupun terdapat enakmen-enakmen negeri yang jelas melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Kenapakah CFM seperti tidak mahu mengajar penganut Kristian di Malaysia supaya mematuhi dan menghormati enakmen undang-undang negeri-negeri yang terdapat di Semenanjung Malaysia yang mempunyai Sultan dan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama bagi setiap negeri? 

Tidakkah menghormati undang-undang dan mematuhi pemerintah dituntut oleh ajaran Kristian sendiri?

Jika penduduk Malaysia Barat yang berkunjung ke Sabah dan Sarawak terpaksa akur dan patuh kepada undang-undang tempatan, kenapakah pula penduduk Malaysia Timur seperti kebal undang-undang negeri-negeri di Semenanjung?

Jadi dengan insiden demi insiden yang banyak mengeruhkan hubungan antara penganut Islam dan Kristian, rasa ragu-ragu kepada satu lagi pertubuhan Kristian baru di Malaysia sememangnya berasas. Apa guna jika ianya kelak tidak mampu memperbaiki hubungan yang sudah renggang? 

Rev. Wong Kim Kong kelihatan sedang asyik mendengar buah fikiran Lim Guan Eng?
Terutamanya apabila ianya didukung oleh pendukung seperti Rev. Wong Kim Kong yang merupakan mantan Ketua Setiausaha National Evangelical Christian Fellowship sendiri yang terkenal dengan gambarnya bersama dengan beberapa pemimpin DAP seperti yang didedahkan oleh blogger Helen Ang.

Menurut blogger Helen Ang juga salah seorang pemimpin lain yang terlibat dalam CPHM ialah Lee Min Choon bekas Presiden Bible Society of Malaysia (BSM) yang pernah dilaporkan media mendakwa bahawa pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ‘behaved like thugs’ semasa merampas bible yang mengandungi kalimah Allah pada bulan Januari tahun lepas.


Dipetik daripada blog Helen Ang
Jadi apa perlunya pertubuhan Kristian baru jika ianya kelak bakal menjadi ‘duri dalam daging’ kepada negara dan rakyatnya?

Itu belum lagi dikira dengan kewujudan beberapa pertubuhan Kristian lain seperti Central Christian Church, Teachers Christian Fellowship, Malaysian Catholic Christians, National Associations of Christian Counsellors Malaysia dan beberapa persatuan Kristian di Sabah dan Sarawak, antaranya Sabah Council of Churches, Pastors Fellowship of Kota Kinabalu, Association of Churches in Sarawak dan The Kuching Ministers’ Fellowship.

Menurut laporan portal ISMAweb, pengerusi pertubuhan CPHM berkata idea untuk menubuhkan pertubuhan tersebut datang pasca kes kalimah Allah apabila orang-orang Kristian tempatan dilihat sebagai suka menentang kerajaan dan umat Islam. Pertubuhan itu diadakan untuk mengikis keraguan untuk mendekati penganut agama lain bagi memupuk keamanan dan keharmonian. 

Dan pengiktirafan Perdana Menteri Najib Tun Razak kelak diharap bakal membuka pintu kerjasama dikalangan penganut-penganut agama lain.

Sebuah portal telah melaporkan bahawa acara perasmian tersebut bakal dihadiri oleh Presiden dan Pengasas Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Ibrahim Ali.

Jika benar seperti yang di kata, ini merupakan satu perkembangan yang baik. Semoga dengan pelancaran pertubuhan CPHM kelak, jurang kesefahaman antara umat Islam dan penganut Kristian dapat dirapatkan. Kita tidak mahu CPHM kelak bakal menjadi seperti MCCBCHST, yang walaupun ianya ditubuhkan untuk mempromosi ‘goodwill, harmony and unity’ dikalangan rakyat Malaysia, badan tersebut kini sering-kali dikatakan telah bersikap kurang-ajar dengan banyak kenyataan menghina dan berburuk sangka terhadap Islam dan umat Islam.

Mungkin juga sebagai langkah pertama CPHM boleh menunjukkan kesungguhan bahawa ianya sememangnya merupakan satu pertubuhan Kristian sederhana tidak seperti yang lain dengan menyokong SOP Alkitab yang sedang diusahakan oleh Kementerian Dalam Negeri yang mahu mengelak sebarang salah faham terdapat pengunaan dan pengedaran Alkitab berulang.

Seperti yang dilaporkan juga SOP tersebut bukanlah mahu menidakkan kebebasan beragama penganut Kristian Sabah dan Sarawak terutamanya mereka-mereka yang bermastautin di Semenanjung Malaysia. Dan CPHM sebagai pertubuhan Kristian pertama yang mahu serius bekerjasama dengan umat Islam perlu faham konteks kalimah Allah dan Alkitab daripada kacamata umat Islam sendiri.

Peguam MAIWP Mohd Hanif Khatri Abdulla
Peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mohd Hanif Khatri Abdulla seperti yang dipetik ISMAweb menjelaskan bahawa bible yang diimpot dari Indonesia bukan berbahasa Melayu, jadi semestinya terdapat perbezaan ketara dalam beberapa maksud perkataan.

“Sebab itulah kita cadangkan kalau mana-mana bible bahasa Inggeris hendak diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, ia hendaklah mendapat kebenaran dan bantuan penafsiran oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
“Baru boleh jadi bible bahasa Melayu. Baru dalam bible tidak ada perkataan Allah sebagai god seperti yang berlaku sekarang ini.

“Ini kerana apabila berlaku situasi seperti itu, ia akan membawa keadaan di mana Islam dan faham Allah sebagai satu dicabar oleh Allah sebagai god oleh trinity. Di situlah wujudnya perbalahan fahaman mengenai istilah Allah yang akan menyebabkan kemarahan umat Islam.

“Membolehkan inferens dibuat bahawa pengunaan perkataan Allah semata-mata ganti god dalam bahasa Indonesia adalah untuk menyebarkan pada orang Islam.

Masih ingatkah kita semua pada majlis Thanksgiving Dinner di DUMC beberapa tahun lalu?
“Hakikatnya, salah dalam perlembagaan. Mereka tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam,” katanya.

Itu isunya dan itulah juga yang perlu CPHM war-warkan kepada penganut-penganut Kristian yang mahu hidup aman-damai dan berharmoni dengan Islam dan umat Islam.

Sememangnya syak-wasangka umat Islam sememangnya berasas. Umat Islam masih tidak dapat lupa akan kes Lina Joy yang dibawa ke tengah dan dilihat sebagai satu usaha terancang untuk membuka ‘flood gates’ kepada pemurtadan umat Islam. Walaupun Perlembagaan jelas melarang aktiviti dakwah bukan Islam kepada umat Islam namun hakikatnya ia berlaku. Lina Joy dan beberapa kes lain merupakan bukti kepada syak-wasangka tersebut. Umat Islam juga masih ingat akan majlis Thanksgiving Dinner yang dianjurkan oleh Damansara Utama Methodist Church (DUMC)) tidak berapa lama dulu.

Terbaru sebuah video bertajuk ‘Johor for Jesus’ seperti yang telah dilaporkan oleh ISMAweb dan beberapa blog lain telah memperkukuhkan lagi kesangsian tersebut. Sememangnya kata-kata yang digunakan dalam video tersebut juga amat menggerikan.

Dikatakan video 'Johor For Jesus' sudah tidak dapat dicapai pada url asalnya lagi. Kenapa agaknya?
Seperti yang dikupas oleh blogger A. Karim Omar yang banyak mengkaji tentang gerakan evangelisme Kristian di Malaysia, apakah benar golongan Kristian mahu menukar demografi penduduk Islam Johor kepada Kristian? Jika ya, bagaimanakah ianya kelak akan dilakukan?

Bukankah larangan untuk agama-agama lain yang perlu berharmoni dan aman damai dengan Islam untuk tidak berdakwah kepercayaan mereka kepada umat Islam perlu dipatuhi penganut Kristian di Johor.

DYMM Sultan Johor & DYMM Permaisuri Johor
Dan apa pula maksud mereka untuk ‘chase away the enemy in the city’? Adakah ‘enemy’ yang dimaksudkan ialah umat Islam (dan penganut-penganut agama lain) yang tinggal di Johor? Bagaimana pula dengan Ketua Agama Johor sendiri? Adakah ini bermakna mereka akan melancarkan perang ke atas Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor? Bukankah ini adalah sebuah ucapan derhaka dan ‘mutiny’ terhadap DYMM Sultan?


Dan kenapakah juga laungan ‘Johor For Jesus’ berlatar-belakangkan bendera-bendera yang ‘berbulan sabit’, apakah maksud tersirat yang sedang diketengahkan? Dan seperti yang diketengahkan oleh A. Karim Omar sendiri apakah pula maksud kata laungan ‘Give me Johor Bahru or I die?’ 

Adakah mereka sanggup mati untuk ‘merampas’ Johor Bahru daripada orang-orang Islam?


Semua ini akan lebih menghantui umat Islam terutamanya apabila gerakan ektremisme Kristian seperti ini tidak ditangani dengan berkesan daripada pihak Kerajaan dan badan-badan Kristian sendiri. Ketika NGO-NGO Islam berusaha keras berdakwah kepada umat Islam supaya menjauhi ISIS dan ISIL. NGO seperti CPHM perlu membantu kerajaan untuk mengurangkan elemen-elemen ektremisme dikalangan penganut Kristian sendiri.

Tentunya kegagalan untuk berbuat demikian kelak akan membuatkan Putrajaya lebih tersepit kerana tidak ada pilihan lain selain daripada untuk mengambil tindakan yang pantas dan berkesan. Tentunya juga kerajaan tidak mahu dilabel ‘overzealous’ dan dituduh oleh sesetengah pertubuhan Kristian, seperti yang telah berlaku dengan SOP Alkitab, sebagai cuba untuk masuk-campur dalam urusan beragama orang-orang Kristian.

Benarkah lampiran ini dijumpai di DUMC?
Mungkin dengan kepimpinan berani dan bersungguh Rev. Wong Kim Kong dan Lee Min Choon dalam menyelesaikan kes salah faham SOP Alkitab dan video ‘Johor For Jesus’ dapat menjernihkan kembali hubungan antara umat Islam dan penganut Kristian. Semoga perlahan-lahan kepercayaan dikalangan penganut-penganut Islam dan Kristian juga akan semakin menebal.

Song-Alhamdullilah & Allahuakbar pada Thanksgiving Dinner?
Mungkin juga dengan tertubuhnya CPHM secara rasmi hanya beberapa jam daripada sekarang, bakal menjadi titik tolak kepada hubungan baik yang bakal terjalin antara dua agama terbesar dunia ini. Dan langkah pertama semestinya harus dimulakan oleh CPHM sendiri. Yang lain-lain telah gagal!

2 comments:

  1. KDN sibuk dgn ISIS, tapi pengganas Kristian yg dok ancam dgn ancaman mcm ni buat pekak kenapa?

    ReplyDelete
  2. Jelmaan JESUS berhidung kemek ini hanya bermula sekitar 100 tahun dulu di Malysia..

    mereka ini bukanlah penganut tetapi tak sedar menjadi BALACI barat kerana sifat tamak individu/ dan perasaan ingin HEBAT menjadi orang EROPAH.

    disamping tujuan2 lain seperti politik dan merampas harta orang tempatan dgn memperdaya melalui tujuan semacam suci tulus Kristian.


    Apakah JESUS2 jelmaan berhidung kemek ini berasa sungguh Mat Saleh?

    Di philiphine pun banyak bukti, Kristian tidak membawa apa2 kemajuan, kebersihan

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.