Monday, 1 June 2015

SOP halang bawa masuk Bible bahasa Melayu ke Semenanjung tepat

Peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mohd Hanif Khatri Abdulla mempertahankan hujah bahawa Bible bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah wajar diharamkan masuk ke Semenanjung Malaysia.
 
Beliau berkata, Al-Kitab atau Bible yang dibawa masuk ke Semenanjung adalah terbitan dalam bahasa Indonesia, bukan Bahasa Melayu.


“Jadi apabila dalam bahasa Indonesia, terdapat perbezaan dalam beberapa maksud perkataan. Misalnya kegunaan istilah Allah, ia hanya spesifik untuk orang Indonesia. Bila ada perkataan Allah sebagai god, ia tidak mematuhi peraturan dalam bahasa Malaysia.

“Itu isunya kenapa kita halang. Kita tak halang pun mereka nak import bible dalam bahasa Inggeris atau bible sebenar. Import lah sejuta pun bible Bahasa Inggeris. Cuma yang kita halang sebab Bible yang ada sekarang bahasa Indonesia yang mempunyai istilah Allah,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.

Kelmarin, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mengeluarkan kenyataan membantah draf prosedur operasi standard (SOP) yang meghalang terbitan Kristian dengan perkataan Allah diimport ke dalam Semenanjung Malaysia. Jika dibawa juga, ia hanya boleh melepasi dengan destinasi terakhir ke Sabah dan Sarawak.

Pihak gereja mengatakan tindakan tersebut menafikan jaminan Perlembagaan Persekutuan terhadap kebebasan beragama dan hak menguruskan hal ehwal agama masing-masing.

Hanif berkata, berdasarkan kepada cadangan garis panduan baru yang ditetapkan, semua pihak perlu untuk memahaminya secara jelas sebelum membuat penentangan secara terbuka.

“Kita tidak halang orang Bumiputera Sabah, Sarawak mengamalkan agama Kristian.

“Sebab itu, kita cadangkan kalau mana-mana Bible bahasa Inggeris hendak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, ia hendaklah mendapat kebenaran dan bantuan pentafsiran oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
“Baru boleh jadi bible bahasa Melayu. Baru dalam bible tiada perkataan Allah sebagai god seperti yang berlaku sekarang ni.

“Ini kerana apabila berlaku situasi seperti itu, ia akan membawa keadaan di mana Islam dan fahaman Allah sebagai satu dicabar oleh Allah sebagai God oleh trinity. Di situlah wujudnya perbalahan fahaman mengenai istilah Allah yang akan menyebabkan kemarahan umat Islam.

“Membolehkan inferens dibuat bahawa penggunaan perkataan Allah semata-mata ganti God dalam bahasa Indonesia adalah untuk menyebarkan pada orang Islam.

“Hakikatnya, salah dalam perlembagaan. Mereka tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam,” katanya.


http://www.ismaweb.net/2015/05/sop-halang-bawa-masuk-bible-bahasa-melayu-ke-semenanjung-tepat/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.