Tuesday, 16 June 2015

Sejarah Negeri Pulau Pinang Diubah??!

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Islam sederhana, menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang, membetulkan semula fakta salah sejarah negeri itu yang dimuatkan dalam web Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Kenapa Bahasa Melayu kat laman web ini bau tongkang??
Naib Presiden ISMA, Muhammad Fauzi Asmuni berkata, pandangan bahawa sejarah negeri Pulau Pinang hanya bermula pada tahun 1786 iaitu selepas Pegawai British, Kapten Francis Light tiba di negeri ini dan membuat perjanjian bersama Sultan Kedah, satu penyelewengan fakta berniat jahat.

“Umat Melayu Islam terutamanya pihak kerajaan, perlu peka berkenaan gerakan untuk mengubah sejarah negara.

“Mereka konsisten di dalam memberikan maklumat palsu berkenaan sejarah untuk menafikan fakta bahawa Melayu adalah penduduk asal,” katanya kepada ISMAweb.

Artikel yang dimuat naik Biro Penerangan negeri dan boleh diakses umum itu, antara lain mendakwa sejarah negeri ini hanya bermula pada tahun 1786 iaitu selepas Pegawai British, Kapten Francis Light tiba di negeri ini dan membuat perjanjian bersama Sultan Kedah.
Sedangkan menurut ahli sejarah, pembukaan negeri ini bukan dilakukan oleh Francis Light, sebaliknya melibatkan Raja Nan Intan yang juga dikenali sebagai Datuk Nakhoda Intan yang berasal dari Paya Kumbuh, Sumatera Barat.

Mengulas lanjut, Muhammad Fauzi berkata, beberapa lagi fakta sejarah turut diseleweng termasuk mendakwa Sarawak dibuka oleh Brooke sedangkan Sultan Brunei lebih dahulu mentadbir bumi Sarawak beberapa kurun lebih awal.

Sebelum ini, gerakan sama juga mendakwa adanya permohonan untuk mendirikan pusat Kebudayaan India di Lembah Bujang sedangkan jelas dalam sejarah, Lembah Bujang adalah pusat tamadun Melayu sejak kurun pertama lagi.

“Mereka mempromosikan Pulau Mazu kepada pelancong luar sedangkan nama sebenar pulau itu adalah Pulau Jerejak.

“Mereka mendakwa Kuala Lumpur dibuka oleh Yap Ah Loi sedangkan sejarah membuktikan ianya telah dibangunkan oleh masyarakat Mandailing,” kata Muhammad Fauzi.
 
Kelmarin, Pakar Kesusasteraan Bandingan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Seri Md. Salleh Yaapar yang dipetik Utusan Online berkata, fakta dalam artikel terbabit tidak tepat dan perlu diperbetulkan.
 
'Francis Light was first established this island as a British Settlement' dan bukannya pengasas Pulau Pinang. Adakah MPPP sedang berusaha untuk buat 'ethnic cleansing' sejarah penduduk asal Pulau Pinang?!
Katanya, Francis Light hanya tiba di negeri ini selepas 52 tahun kedatangan Datuk Nakhoda Intan bersama saudaranya di Pulau Pinang.

Datuk Nakhoda Intan telah membuka pelabuhan Batu Uban dan membina penempatan di kawasan berkenaan pada 1734 setelah mendapat perkenan Sultan Kedah ketika itu, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah II.

Malah pada tahun sama, tambahnya, dua saudara Datuk Nakhoda Intan iaitu Nakhoda Bayan dan Nakhoda Kecil juga telah datang ke negeri ini dan masing-masing membuka penempatan di Bayan Lepas serta Jelutong.

Malah, seorang lagi tokoh dari alam Melayu yang tiba sebelum Francis Light ke negeri ini ialah Datuk Janatun.

“Negeri ini dibuka oleh pribumi alam Melayu sendiri dan bukan penjajah Barat, malah fakta ini juga telah banyak kali dibangkitkan serta disokong dengan bukti-bukti sahih. Jadi mengapa Biro Penerangan negeri tidak berpegang pada fakta ini.

“Kesilapan oleh Biro Penerangan negeri itu tidak sepatutnya berlaku kerana seolah-olah cuba meni dakkan penglibatan kaum pribumi kepulauan Melayu dalam sejarah pembukaan Pulau Pinang,” katanya.



http://www.ismaweb.net/2015/06/wujud-gerakan-ubah-sejarah-negara/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.