Sunday, 21 June 2015

Salib Merah Taman Medan Halal?

Segala pujian bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam. Disebabkan oleh sesetengah daripada pemimpin tertinggi kita memilih untuk tidak mengendahkan hak penduduk marhaen Taman Medan apabila membantah salib berwarna merah yang telah diletakkan secara haram tanpa permit di sebuah unit rumah kedai yang dijadikan gereja, juga secara haram, sambil berani pula memperkatakan bahawa 50 pendemo salib Taman Medan yang rata-ratanya terdiri daripada kaum-kaum ibu itu sebagai bakal berdepan dengan Akta Hasutan 1948 jika sabit kesalahan.

Dan walaupun terdapat tindakan penipuan beberapa pihak sambil memperkatakan bahawa gereja yang beroperasi itu tidak melanggar sebarang undang-undang negara seperti MCCBCHST yang suka kami gelarkan sebagai majlis kafir sebab sikap anti Islam yang sering ditunjukkan itu dan beberapa tokoh dan pertubuhan Kristian seperti pengerusi Christian For Peace and Harmony Malaysia (CPHM), Reverend Wong Kim Kong yang dengan tidak bertanggungjawab memperkatakan bahawa perlembagaan negara membenarkan kebebasan beragama dengan membenarkan penganut-penganut agama Kristian dan lain-lain agama membina rumah-rumah ibadat di mana-mana saja dengan bebas.

Dan walaupun peristiwa tersebut telah cuba dikaburkan HESI Kerajaan Negeri Selangor seperti Elizabeth Wong (PKR) mengatakan bahawa gereja Taman Medan bebas beroperasi tanpa sebarang kebenaran bertulis berlawanan dengan kenyataan yang dibuat oleh Pegawai Perhubungan Awam MBPJ sendiri, Zainun Zakaria bahawa gereja tersebut sememangnya tidak mempunyai lesen dan jelas bertentangan dengan Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974, Akta 133 Seksyen 70(12). Ada juga yang menulis bahawa gereja tersebut juga telah melanggar Kanun Tanah Negara kerana tidak beroperasi seperti tujuan asal pembinaan bangunan rumah kedai tersebut dibina. 

Tapi ramai juga daripada kita memilih untuk pejam mata, terutamanya pemimpin-pemimpin kita yang sering berteriak sampai keluar anak tekak saban tahun sebagai pejuang dan pembela Islam.

Perancangan Allah SWT itu lebih hebat daripada segala bentuk rancangan. Makanya satu perkembangan yang sangat menarik telah berlaku di Pulau Pinang apabila struktur merah 'UMNO' yang didakwa telah dibina secara haram telah dirobohkan MPPP mengikut Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974. Rata-rata pemimpin UMNO berang dengan tindakan yang telah dibuat.

Notis yang dikeluarkan pada 19 Jun 2015 tertera tindakan 'Serta Merta' perlu diambil untuk 'merobohkan bangunan yang sedemikian'.

Yang menariknya mengikut notis tersebut bahawa ini tindakan MPPP itu selari dengan Seksyen 72, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974.

 
Salib haram tanpa permit oleh gereja yang beroperasi tanpa lesen di Taman Medan cuba dikosherkan beberapa pemimpin kita, sambil ramai juga cuba membuli penduduk marhaen Taman Medan dengan berbagai cemuhan dan ugutan dan lihatlah apa yang telah berlaku kepada satu lagi 'tanda merah' yang dulunya dianggap gah. 

Padan muka?

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.