Wednesday, 3 June 2015

Program ‘Johor For Jesus’ Strategi Untuk Kristiankan Malaysia

Persidangan agama Kristian ‘MforJ 2015 Take Possession of The Land Kingdom Conference’ (MforJ 2015) yang menetapkan salah satu slogannya ‘Johor for Jesus’ merupakan sebahagian daripada perancangan besar pihak Evangelis untuk mengkristiankan Malaysia.

ISMAweb
Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Abd Rahman Mat Dali, berkata program itu merupakan ancaman masa kini dan dijangka menjadi besar dan sukar dikawal dengan sokongan gerakan Evangelis seluruh dunia.

“Apa yang mereka mahu anjurkan itu adalah sebahagian perancangan besar pihak evangelis untuk mengkristiankan Malaysia atau disebut ‘global Evangelist movement’.

“Kita kena halang kerana ia bercanggah dengan semangat Perlembagaan Negara dan menghakis identitii negara Islam yang bertahan sejak berkurun-kurun.

“Jika tidak, pasti negara akan menjadi kacau bilau apabila bilangan Kristian Evangelis menjadi bertambah kuat dan bertembung dengan umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Kelmarin, telah tersebar di kalangan pengguna internet dan media sosial video trailer persidangan Kristian yang menyiarkan kata-kata seperti ‘Johor for Jesus’, ‘Take possession of the land (Johor Bahru)’ dan ‘Johor never be the same’.

Dalam video tersebut, kelihatan pengacara dan beberapa individu melaungkan ungkapan seperti berikut: “I’m waking up the giant of Asia Malaysian Church”, “Give me Johor Bahru or i die”, “There will be revivalists appear in Johor Bahru” dan “Allow me to chase away the enemy in the city”.

Bagaimanapun selepas mendapat bantahan orang ramai, program tersebut akhirnya dibatalkan pihak penganjur.

Abd Rahman yakin sekalipun program itu dibatalkan, pemimpin Evangelis Kristian akan terus berusaha melaksanakannya pada masa depan.

“Ini kerana kepercayaan dan strategi ‘To Evangelize The Muslim’ akan dilaksanakan selepas misi ‘ To Evangelize The Chinese’ dilancarkan sebelum ini.

“Begitu juga dengan perjuangan untuk menggunakan kalimah Allah, ia juga adalah sebenarnya adalah sebahagian plot gerakan besar ini.

“Justeru, saya minta agar pihak kerajaan tidak tidur dan mengambil peduli dengan gerakan dunia ini.
“Umat Islam juga perlu untuk sedar tentang ancaman gerakan Evangelis yang hakikatnya lebih bahaya daripada IS,” katanya.



 http://www.ismaweb.net/2015/06/program-johor-for-jesus-strategi-untuk-kristiankan-malaysia/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.