Sunday, 28 June 2015

Politik Melayu Terpecah Lagi...

Masa depan dan survival politik orang Melayu serta agama Islam di negara ini dijangka menjadi lebih kritikal seandainya wujud banyak lagi parti berasaskan bangsa atau agama ditubuhkan selepas ini. 

Malah jika tidak berhati-hati, kemunculan lebih banyak parti yang kononnya hendak mewakili kepentingan Melayu atau Islam boleh menjurus kepada kehancuran orang Melayu di negara ini.

Kini, orang Melayu dan Islam pada asasnya sudah berpecah kepada beberapa kumpulan. Jika diteliti dari sudut politik, orang Melayu secara lahiriah dipisahkan kepada empat kumpulan kerana ada yang menyokong UMNO, PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.


Perbezaan ideologi dan semangat kepartian ini menjadikan orang Melayu terpisah daripada semangat 'keMelayuan' sekali gus menyebabkan perpaduan kian lemah. Saingi parti lawan Justeru, apabila wujud lagi parti yang objektif penubuhannya juga hendak mewakili orang Melayu serta Islam dan pada masa sama hendak menyaingi parti lain yang juga mempunyai matlamat hampir sama, maka apakah ia relevan dalam konteks perpaduan Melayu?

Walaupun dalam skop amalan demokrasi dan politik, tiada kesalahan atau halangan bagi mana-mana individu atau pertubuhan untuk menubuhkan parti.
Namun, jika kewujudannya akan memecahkan lagi perpaduan Melayu, siapakah yang menanggung untung dan rugi nanti. Lebih penting lagi, apakah dengan wujudnya parti baharu itu, ia akan dapat mengubah untung nasib Melayu yang majoritinya beragama Islam di negara ini.

Adakah parti baharu itu dapat membawa lebih banyak kebaikan atau sebaliknya, hanya menimbulkan mudarat kepada orang Melayu? Inilah yang seharusnya diambil kira dan diteliti pemimpin Melayu sama ada dari UMNO atau PAS. Apakah yang dimahukan generasi dan orang Melayu serta Islam hari ini.

Adakah mereka lebih memerlukan parti atau pemimpin Melayu bagi memastikan kepentingan dan hak mereka serta kedudukan agama Islam terbela. Persoalan ini perlu disedari orang Melayu dan pemimpinnya kerana bakal menentukan nasib dan masa depan mereka pada masa akan datang. 



Mereka perlu meneliti cadangan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMA) yang sedang berkira-kira hendak menubuhkan parti baharu untuk bergabung dalam pakatan baharu yang bakal diwujudkan DAP. Jika ditinjau kenyataan awal dikeluarkan Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, jelas sekali parti baharu yang bakal ditubuhkan itu lebih cenderung untuk bekerjasama dengan DAP bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Untuk bersikap adil, masih terlalu awal untuk membuat andaian apakah objektif dan matlamat perjuangan parti baharu itu, namun sekurang-kurangnya boleh difahami dengan jelas yang penubuhan parti itu adalah hanya untuk berjuang bersama DAP bagi menghadapi PRU-14.

Namun begitu, cadangan PasMA mahu menubuhkan parti baharu ini akan menjadi tamparan bukan sahaja kepada PAS, bahkan tempias kepada UMNO juga kerana ia akan menimbulkan persoalan kepada umum, adakah PAS dan UMNO tidak cukup Islamik dan relevan dalam memperjuangkan Islam selama ini. Masyarakat akan mula bertanya mengapa perlu diwujudkan lagi parti baharu sedangkan parti sedia seperti PAS dan UMNO juga turut menjadikan Islam sebagai asas perjuangannya.

PAS, UMNO perlu sedar Ini yang sebenarnya perlu disedari dan diteliti oleh pemimpin parti yang menjadikan Islam sebagai asas perjuangannya, khususnya PAS dan UMNO. Penubuhan parti baharu ini dibimbangi akan menimbulkan lebih banyak kesan negatif berbanding positif kepada survival politik orang Melayu Islam kerana ia akan menyentuh isu hak keistimewaan Melayu dan kedudukan Islam.



Dalam hal ini, amat penting bagi pemimpin dan parti berteraskan Melayu dan Islam seperti UMNO serta PAS sedar akan strategi serta agenda yang sedang digerakkan musuh untuk melemahkan kuasa Melayu di negara ini. Pihak ini sebenarnya sedang mengaburi mata masyarakat dengan mewujudkan sentimen kononnya sebuah parti baharu perlu diwujudkan jika mahu melihat pakatan pembangkang terus relevan untuk menyaingi Barisan Nasional (BN) dalam PRU-14 nanti.

Namun, niat sebenar mereka tidak lain hanyalah mahu menimbulkan polemik dan kontroversi berterusan terutama dalam isu menyentuh kuasa Melayu dan kedudukan Islam di negara yang dilindungi perlembagaan. Tidak keterlaluan jika hendak mengandaikan cadangan PasMA mahu menubuhkan parti baharu ini adalah taktik halus yang digunakan musuh Islam untuk memecah-belahkan perpaduan orang Melayu Islam di negara ini.



http://www.bharian.com.my/node/63709 

2 comments:

  1. Tak habis-habis (disyaki) SABOTAJ, oleh PENGGANAS-PENGGANAS Barat/Zionis serta ejen-ejen tempatannya (kita tahu siapa) ke atas NEGARA ISLAM kita dan YAB PM Islam/Melayu kita ini – dr. MH370/17 (sampai MAS dah makin diKUASAI si Barat/Zionis), IMDB ni, Tabung Haji dan sekrg. MARA pula (sebab tu jgn. dok percaya si rejim Australia yg. sebenaqnya ANTI-Islam/Melayu; DALANG DUA MUKA tu yg. aku syak sengaja dah PERANGKAP MARA) – apalagi bila semua ni berkaitan KEPENTINGAN hak BUMIPUTERA Islam/Melayu kita!

    Dan tak ke GANJIL ni! ‘NGO‘ Bruno Manser Foundation, yg. asyik KACAU Sarawak, yg. disyaki EJEN Perisik Jerman (yg. amat pro-ISrael)/NATO-ISrael, juga berpusat di Basel spt. JustoPEROMPAK ni (Basel telah jadi seolah tanah jajahan Jerman), Switzerland!

    Tolonglah KDN dan Kementerian Luar tu - buat siasatan CEKAP dan CEPAT - supaya dapat dibersihkan nama 1MDB serta YAB PM kita; MARA dan NEGARA ISLAM kita ni, dan juga diHARAMkan EJEN-EJEN Barat/Zionis yg. MENYAMAQ sbg. pelbagai jenis NGO-NGO termasuk NGO alam sekitar kononnya dll!

    Ini semua adalah disyaki, MO biasa si PENGGANAS-PENGGANAS ANTI-BUMIPUTERA Islam/Melayu. terutamanya PENGGANAS PEMISAH Sabah/Sarawak tempatan dan asing (iaitu si KULI-Barat/NATO-ISrael/Zionis yg. memang nak MEMISAHkan Sabah/Sarawak yg- kaya minyak/gas, dari Malaysia dan diGABUNGkan dgn. SingaPORK-pusat-CIA-MI6/Mossad/NATO di Asia Tenggara!) - lihat saja kebakaran BERLELUASA di kpg-kpg setinggan TEPI LAUT/SUNGAI yg. MAJORITI adalah disyaki BUMIPUTERA Islam/Melayu, di Sabah/Sarawak termasuk di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Semporna, Sandakan, Miri, Kuching dsbnya!!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika KDN masih mahu bersikap tak apa dengan perancangan jahat semua ini Nek, tak mustahil, negara ini akan mengikut jejak negara2 Islam yang lain yang dirosakkan dan kemudian menjadi huru hara akibat tangan2 ghaib yang tak diambil tindakan oleh KDN.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.