Thursday, 25 June 2015

PETISYEN DESAK MALAYSIAKINI HENTIKAN ISLAMOPHOBIA DILANCAR

Kumpulan pembaca yang mewakili umat Islam di Malaysia hari ini menerbitkan satu petisyen online membantah tindakan portal berita liberal Malaysiakini yang kerap memaparkan berita yang cuba mewujudkan kebencian terhadap Islam.


 
Petisyen berkenaan menuntut agar Malaysiakini segera menarik balik penyiaran kolum ‘HAVING SEX ON CAMEL NEEDS GYMNASTIC SKILL, NO?’ yang diterbitkan secara tidak profesional untuk memalukan agama Islam pada 16 Jun 2015 dengan pilihan tajuk yang sangat menghinakan.

Petisyen ini mendesak supaya Malaysiakini memohon maaf kepada umat Islam secara terbuka melalui setiap saluran media yang ada kerana tidak menghormati masyarakat Islam di negara ini.


Menurut petisyen tersebut, pendapat-pendapat yang disuarakan di dalam kolumn ‘Yoursay’ langsung tidak menggambarkan suatu teguran membina, malah ia merupakan suatu gurauan terlampau, memperolok-olokkan dan mempersendakan hadis Rasulullah SAW, yang merupakan suatu yang mulia bagi umat Islam.
“Sudah jelas ia merupakan suatu percubaan terancang oleh Malaysiakini untuk memperlekehkan Islam di negara ini dan tidak melambangkan pandangan majoriti rakyat negara ini.

“Malaysiakini dengan sengaja dan tanpa mempedulikan kesucian Islam dan sensitiviti umat Islam membiarkan hadis dipermainkan dan diperlekehkan sewenang-wenangnya tanpa perasaan malu sedikitpun.
“Institusi agama Islam dan Pejabat Mufti Perak yang begitu disegani dan dihormati oleh masyrakat Islam juga telah tidak terlepas daripada dipersendakan oleh Malaysiakini apabila cuba menjatuhkan maruah mufti yang hanya sekadar memberikan penjelasan mengenai hukum-hukum yang jelas disebutkan dalam al-Quran dan al-Hadis,” kata maklumat yang ditulis dalam petisyen itu. 

Petisyen online itu ditubuhkan sebagai simbol keimanan dan kesetiaan terhadap Rasulullah SAW dan sebagai tanda umat Islam membenci tindakan Malaysiakini.



http://www.ismaweb.net/2015/06/petisyen-desak-malaysiakini-hentikan-islamophobia-dilancar/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.