Friday, 12 June 2015

Pendaki Bogel Mengaku Salah, Yang Separa Bogel Bila Lagi?

Dikala kita semua sedang terkejut dengan berita yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan bahawa pengawal keselamatan Rela yang bertindak memberikan kain batik kepada seorang wanita Cina yang berpakaian kurang sopan dan melanggar kod etika berpakaian di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), salah seorang daripada pendaki yang berbogel di Gunung Kinabalu telah mengaku salah akan kebodohan dan kebiadapan yang telah dilakukan.

First World Kaki Bogel!
Wanita warga Britain itu yang sedang ditahan kerana didakwa berbogel mengaku bahawa tindakannya itu tidak bijak dan biadap.

Wanita itu ditahan di Lapangan Terbang Tawau ketika mahu berlepas ke Kuala Lumpur. Menurut ayah wanita yang berasal dari Derby itu bahawa anak perempuannya sangat kesal dengan penghinaan yang telah ditimbulkannya.

Dilaporkan juga semalam dua adik-beradik warga Kanada dan seorang warga Belanda juga telah menyerah diri di Balai Polis Karamunsing pada hari sama.

Baguslah jika empat warga asing yang sedang ditahan untuk membantu siasatan itu sedar dan menyesal dengan kebodohan mereka.

Masalahnya sesetengah daripada kita sering bercakap tentang peri-pentingnya menjadi warga dunia kelas pertama dan sebagainya, tetapi tingkah laku dan pemakaian kita saling tidak tumpah dengan orang zaman batu terutamanya apabila yang telah melanggar 'peraturan' diangkat dan dijulang sebagai mangsa dan yang menolong dilabel sebagai pemangsa yang perlu dihukum!

Gaya Fesyen First World

Gaya Fesyen Zaman Batu. Teliti Skirt Atas Lutut.

3 comments:

  1. Kes si KANGKANG-KANGKANG BABI Barat yg BERTELANJANG kat G. Kinabalu ni - RINGANnya hukuman! SPRM harus MENYIASAT kenapa hukuman yg. sebegitu RINGAN boleh dikenakan pd si PENJENAYAH BARAT ni! Sedgkan aku baca berita Barat pun, ramai dari Barat yg. setuju hukuman penjara sekurangnya 3 bulan dikenakan! GERAM betul aku!

    Sekrg, baik Immigresyen/KDN HARAMkan si PENJENAYAH-KEPARAT ni diHARAMkan masuk ke NEGARA ISLAM kita ni buat SELAMAnya!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penakut kot Nek.. atau ada kisah lain sebalik hukuman ringan sebegitu..

      Delete
    2. Penakut kot Nek.. atau ada kisah lain sebalik hukuman ringan sebegitu..

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.