Thursday, 25 June 2015

Pembela Desak Malaysia Bela Penindasan Muslim Di China

Kerajaan Malaysia didesak untuk menyuarakan keprihatinan kepada Kerajaan China berhubung pelbagai bentuk sekatan dan penindasan terhadap etnik Muslim Uighur di negara itu.
 
Menyifatkan bentuk penindasan yang dilakukan tidak masuk akal, Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, pihaknya mengutuk dan mengecam keras Kerajaan China yang bertindak seperti iblis apabila melarang umat Islam di negara itu daripada menunaikan ibadah puasa Ramadan.



“Perdana Menteri dan Menteri Luar Malaysia perlu bercakap dengan Kerajaan China supaya mereka menghormati hak ibadah umat Islam di negara itu dan jangan menghalang mereka daripada melaksanakan tanggungjawab kepada Allah,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.

Ujar Ustaz Hafiz, pihaknya yakin Kerajaan China maklum bahawa ibadah puasa adalah wajib ke atas umat Islam dan ia adalah rukun Islam yang ke tiga.

“Jadi, jangan rampas hak beramal dalam Islam daripada saudara-saudara kami di sana. PEMBELA juga mengutuk para pejuang hak asasi manusia termasuk Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) yang seperti orang pekak dan bisu dalam isu ini.

“Kita maklum bahawa ini bukan kali pertama negara China melarang rakyatnya yang beragama Islam daripada berpuasa.

“Justeru, di mana UNHRC? Mana pejuang-pejuang hak asasi dalam dunia ini? Di mana mereka yang memperjuangakan hak golongan minoriti. Semua mereka jadi pekak dan bisu apabila penindasan berlaku ke atas umat Islam, mereka sebenarnya hipokrit,” tegasnya



http://www.ismaweb.net/2015/06/ngo-desak-malaysia-bersuara-untuk-etnik-muslim-di-china/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.