Monday, 8 June 2015

Peguam Syarie Bukan Islam

Oleh Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

DI kebanyakan negeri di Malaysia Kaedah Peguam Syarie mensyaratkan seseorang itu mestilah beragama Islam untuk memohon menjadi seorang peguam syarie. Syarat tersebut telah pun termaktub di dalam Kaedah-Kaedah Peguam Syarie yang telah diluluskan. 

Umpamanya, Kaedah-kaedah Peguam Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) telah pun mensyaratkan Islam sebagai kriteria yang perlu dipenuhi sebelum layak dilantik sebagai peguam syarie di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Di Selangor pula, Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008 telah memasukkan syarat Islam ini. Oleh itu, sejak 2008 tiada peguam syarie bukan Islam diterima masuk sebagai peguam syarie di Selangor. 

Victoria Jayaseele Martin mahu jadi Peguam Syarie
Mengikut hukum asal, seorang peguam bukan Islam tidak dihalang menjadi peguam syarie di mahkamah syariah. Ini adalah kerana selagi seseorang itu boleh bertindak bagi anak guamnya berdasarkan kepada niabah atau gantian maka seseorang bukan Islam itu harus menjadi peguam syarie di mahkamah syariah. Namun, undang-undang di kebanyakan negeri di Malaysia pula menetapkan bahawa seorang peguam syarie itu hendaklah menganut agama Islam, di samping beberapa syarat lain seperti berkaitan kelayakan, kebersihan daripada pertuduhan jenayah dan banyak lagi. 

Pelantikan seseorang peguam syarie oleh anak guamnya di mahkamah sebenarnya adalah berdasarkan konsep al wakalah bil khusumah ataupun perwakilan di dalam sesuatu pertikaian. Oleh kerana orang yang memberi wakil itu tidak berkeupayaan daripada sudut undang-undang mengendalikan perbicaraan dengan baik, orang yang menerima wakil (iaitu peguam syarie) hendaklah mampu memberi nasihat dan perkhidmatan kepada anak guamnya di dalam sesuatu pertikaian di mahkamah. 

Persoalan timbul, sama ada keperluan menganut Islam di dalam Kaedah-Kaedah Peguam Syarie untuk menjadi peguam syarie itu bercanggah dengan hukum syarak atau tidak? Bagi menjawab persoalan ini perlulah kita meneliti status dan kedudukan mahkamah syariah itu sendiri. Sebagaimana yang telah ramai maklum, orang bukan Islam tidak tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah syariah. Segala tindakan yang diambil oleh mahkamah syariah tidak memberi kesan kepada orang bukan Islam termasuklah peguam syarie yang bukan Islam. 

Dalam konteks ini, adakah seorang peguam syarie bukan Islam tertakluk kepada mahkamah syariah semasa beliau mengendalikan kes di mahkamah syariah? Sudah tentu jawapannya adalah dalam bentuk negatif. Penerimaan Oleh itu, sekiranya seorang bukan Islam itu telah diterima menjadi peguam syarie dan berguam di mahkamah syariah, katakanlah peguam syarie bukan Islam ini melanggar etika, adakah boleh dikomitkan atas penghinaan mahkamah syariah? Sudah tentu peguam bukan Islam ini akan mengatakan beliau tidak terikat dengan mahkamah syariah. 

Apabila perkara ini berlaku, sudah tentulah mahkamah syariah menjadi haru-biru. Tidak ada kawalan terhadap beliau sebagaimana peguam-peguam syarie beragama Islam yang tertakluk kepada etika, tindakan tatatertib dan sebagainya. Sudah pastilah berdasarkan ini, penggubal Kaedah Peguam Syarie mensyaratkan keperluan menganut Islam itu. Isu penerimaan peguam syarie ini pun sebenarnya termasuk di dalam bidang kuasa mahkamah syariah yang mana mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa mendengar atau memutuskannya, apatah lagi mencampuri urusannya. 

Hal ini amatlah jelas berdasarkan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan hal ehwal agama Islam termasuklah prosiding dan hal ehwal di mahkamah syariah adalah dalam bidang kuasa mahkamah syariah. Bagi penulis tidak timbul soal diskriminasi di dalam isu ini yang mengakibatkan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan dicabuli. 

Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak sama rata di sisi undang-undang. Namun Perkara 8(5) memberi justifikasi untuk mengehadkan peguam syarie Islam sahaja beramal di mahkamah syariah. Perkara 8(5) tersebut berbunyi- 8(5) Perkara ini tidak menidaksahkan atau melarang; a) Apa-apa peruntukan yang mengawal selia undang-undang diri; b) Apa-apa peruntukan atau amalan yang mengehadkan jawatan atau pekerjaan yang berkaitan dengan hal ehwal mana-mana agama; atau sesuatu institusi yang diuruskan oleh sekumpulan orang yang menganuti mana-mana agama kepada orang yang menganuti agama itu. Oleh itu, mahkamah syariah termasuk di dalam kategori yang disebut di atas.



http://www.utusan.com.my/rencana/agama/peguam-syarie-bukan-islam-1.99002

3 comments:

  1. Kenapa harus diperbesarkan isu isu begini, dan apa yang perlu dibuat oleh kita semua , jangan ambil mana mana peguam bukan islam untuk kendalikan kes untuk orang islam.

    Dan kepada mahkamah pula , kuas ditangan para hakim syarie, jika ada mana mana orang islam yang menggunakan peguam syarie bukan islam, bagi kes mereka , buat pendengaran sbelah telinga dan buang sahaj kes dan biar mereka merahu..

    Jangan cepat melatah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang ko merepek kat atas tu?


      Nabil

      Delete
  2. Ben, apahal si KAPIRDAJAL asyik nak KACAU ISLAM sbg. AGAMA NEGARA serta hak umat Islam sbg. MAJORITI NEGARA ISLAM, pusaka nenek moyang berzaman kita ni?! Apa MOTIF depa sebenaqnya - itu yg. kita mesti tanya! Bayangkanlah umat Islam nak masuk campur pasal hukum-hukum agama Hindu atau agama Kristian ke atas penganut Hindu/Kristian, cthnya. cara depa mentafsir kitab-kitab depa - takkan diterima!

    Nek syak ini adalah strategi DAJAL utk. terus MEMESONGkan akidah/akhlak umat Islam terutamanya jenerasi muda - bayangkanlah si KAPIRDAJAL boleh membela puak SONSANG LGBT, peminum arak. pengamal seks bebas dsbnya dlm. Mahkamah Syariah, dgn. mentafsirkan hukum ALLAH SWT menggunakan ayat Quran SUCI kita!

    Mengikut undg-undg Perlembagaan, DYMM YDPA yang adalah KETUA NEGARA kita, telah BERSUMPAH untuk melindungi ISLAM; maka kerana itulah KEMBALIkan balik KUASA EKSEKUTIF sepenuhnya kpd. Majlis Raja-Raja beserta MAIN, utk. menjalankan tangungjawab ini - malangnya K'jaan PERSEKUTUAN mahupun K'jaan negeri seolah telah MERAMPAS kuasa Eksekutif DYMM Kesultanan Melayu kita ini, berdasarkan undang-undg SIVIL, legasi PENJAJAH British/Zionis-KEPARAT!!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.