Tuesday, 23 June 2015

Peguam Jill Ireland Mahu Kristian Dilayan Istimewa?

Sudahlah gereja haram Taman Medan yang tidak pernah memperoleh lesen untuk beroperasi daripada MBPJ seperti yang dimaklumkan oleh Pegawai Perhubungan Awam majlis tersebut Zainun Zakaria selari dengan Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974, kali ini nampaknya seorang peguam lain cuba pula untuk membuli kerajaan supaya 'menutup sebelah mata'  dan membenarkan saja mana-mana penganut agama Kristian untuk bebas membawa masuk penerbitan keagamaan daripada luar yang jelas bertentangan dengan amalan beragama dan undang-undang negara.

Peguam yang mewakili Jill Ireland dalam kes rampasan CD penerbitan luar negara yang diseludup masuk yang jelas bertentangan dengan larangan pengunaan kalimah Allah terhadap bukan Muslim itu dilihat seperti cuba 'melobi' kali terakhir kerana keputusan kes akan didengar pada hari ini dengan menyimpulkan bahawa kerajaan Malaysia telah gagal untuk 'bersolidariti' dengan penganut Kristian apabila kes larangan pengunaan kalimah Allah ke atas penerbitan Herald dan inilah peluang kedua untuk berbuat demikian.

Nampaknya gerakan ektrimis Kristian masih cuba bermuka-muka dengan kerajaan kononnya jalan terbaik untuk 'berbaik' dengan orang Kristian ialah membiarkan saja orang-orang Kristian Malaysia berbuat suka hati. Itulah yang boleh disimpulkan apabila penganut Kristian seperti tidak mahu menghormati sebarang undang-undang negara diguna-pakai ke atas mereka walaupun mereka jelas telah melanggarnya. 

Kes yang sama berlaku dengan gereja haram di Taman Medan tempoh hari sehingga menimbulkan keresahan dan perasaan tidak puas hati dikalangan masyarakat Malaysia yang lain sehinggakan lebih kurang 50 daripada penduduk tempatan yang terdiri daripada kaum ibu memutuskan untuk berdemo secara aman di hadapan gereja haram tersebut membantah salib merah yang diletakkan tanpa sebarang permit.

Adakah dengan hanya mahu popular Putrajaya harus menutup sebelah mata? 

Alasan 'untuk kegunaan peribadi' kebal undang-undang?


Kalau penerbitan luar daripada Indonesia yang jelas melanggar nila-nilai beragama dalam konteks negara Malaysia dibiarkan diseludup masuk sesuka hati, bagaimana pula dengan beras siam Thailand dan majalah porno Australia kelak? 

Adakah atas alasan 'kegunaan peribadi' kita sanggup membiarkan saja semua penyeludupan 'barangan' luar masuk ke negara kita? Tidakkah sempadan Malaysia harus dipelihara daripada sebarang bentuk pencerobohan?

Adakah kita sedang mengamalkan polisi langit terbuka dengan membiarkan apa saja masuk ke dalam negara tanpa perlu ada sebarang kawal selia?

Atau sememangnya penyeludupan penerbitan Kristian kebal undang-undang negara macam gereja haram Taman Medan?

2 comments:

  1. Pemimpin-pemimpin UMNO pun bela isu pakaian Farah pun macam bukan orang Islam, tak bela Islam, sokong pendapat orang bukan Islam, harap undi mereka ke? PAS pula cakap pasal Islam tapi kuasa mahu juga, kerjasama dengan kafir pun boleh, PKR terus tak boleh harap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan silap tempat ke? Apa kena mengena semua ni dengan post kat atas tu??

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.