Friday, 12 June 2015

‘Patuh garis panduan berpakaian di jabatan kerajaan’-Presiden CUEPACS

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta semua rakyat Malaysia untuk mematuhi peraturan berpakaian sopan ketika berkunjung ke mana-mana pejabat atau jabatan kerajaan.

Datuk Azih Muda-Presiden CUEPACS
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, rakyat Malaysia perlu prihatin dan peka dengan peraturan ini terutama dalam kalangan generasi muda.

“Apabila berkunjung ke pejabat atau jabatan kerajaan hendaklah berpakaian sopan dan bukan berpakaian tidak senonoh.

“Berpakaian sopan juga adalah budaya kita yang telah diwarisi sejak dahulu lagi yang seharusnya kita pertahankan.

“Isunya sekarang kita berurusan dengan pejabat kerajaan dan bukannya pergi ke pasar,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas insiden membabitkan seorang wanita Cina yang diminta memakai kain sarung oleh pengawal keselamatan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Wanita tersebut memakai skirt pendek atas paras lutut yang bertentangan dengan kod etika berpakaian seperti dalam notis di pejabat JPJ berkenaan.

Azih berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang teguh dengan norma-norma ketimuran antaranya termasuk dalam soal berpakaian.

“Amat memeritkan apabila ada dalam kalangan mereka yang berurusan itu berpakaian agak mencolok mata dan situasi itu semestinya menimbulkan keresahan sama ada kepada pengunjung lain mahu pun petugas.

“Ini acuan kita dan kita tidak mengikut negara lain. Percayalah jika kita menghormati etika berpakaian ini, rakyat akan lebih dihormati sekali gus boleh menaikkan imej negara serta perkhidmatan kerajaan kita,” katanya.



 http://www.ismaweb.net/2015/06/patuh-garis-panduan-berpakaian-di-jabatan-kerajaan/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.