Monday, 22 June 2015

PAS Tolak Parti Cauvinis-Hadi Awang

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu sedia menjalin kerjasama dengan mana-mana parti, kecuali yang bersifat cauvinis.
 
Walaupun tidak merujuk kepada mana-mana parti politik, DAP sebelum ini dilihat sebagai parti rasis dan cauvinis kerana menunjukkan sifat dan pendirian serta semangat yang melampau dalam memperjuangkan kepentingan satu kaum.

Bercakap kepada pemberita ketika mengunjungi bazar Ramadan Kampung Baru petang ini, beliau yang mempertahankan jawatannya pada Muktamar Agung PAS Ke-61 awal bulan ini berkata:

“Kita (PAS) sedia kerja dengan semua parti yang tidak cauvinis.”



Abdul Hadi sebelum ini diboikot oleh DAP selepas tidak menghalang PAS Kelantan daripada membentangkan undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Abdul Hadi juga mengambil langkah dengan usul membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian bagi memperluaskan kuasa Mahkamah Syariah, di Parlimen. Berikutan itu, DAP memutuskan segala kerjasama dengan Abdul Hadi, tetapi tidak dengan PAS.

Pada muktamar agung awal bulan ini pula, PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas, menyebabkan DAP membuat keputusan sebelah pihak mengatakan pakatan rakyat sudah berkubur, selain mengarahkan pemimpin PAS Pulau Pinang meletak semua jawatan dalam Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Mengulas mengenai kedudukan PR sekarang, Abdul Hadi berkata, gabungan itu masih wujud walaupun hanya ada dua parti menganggotainya.

“Pakatan sekurang-kurangnya (ada) dua (parti). Kalau satu parti tidak menjadi pakatan. Pakatan masih wujud. PKR masih belum buat keputusan,” kata beliau.



http://www.ismaweb.net/2015/06/pas-tolak-parti-bersifat-cauvinis-presiden/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.