Monday, 22 June 2015

Papan Tanda-Semua Kena Patuh Undang-Undang

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan pihak berkuasa tempatan (PBT) sewajarnya menggunakan kaedah lebih berhemah sebelum bertindak merobohkan sesuatu struktur binaan.

Beliau berkata, walaupun semua pihak perlu patuh kepada undang-undang tanpa mengira fahaman politik, namun ia perlu mengambil kira kepentingan rakyat.

Bangkit setuju dengan pandangan Tengku Adnan bahawa "semua kena patuh undang-undang", cuma kami musykil dengan salib merah tanpa permit dan gereja haram tanpa lesen di Taman Medan, macam mana pula tu?

"Kita mempunyai kaedah yang bersama-sama rakyat, kita bukan nak menindas, memijak atau menekan mana-mana pihak.

"Jadi kena tahu apa yang sebenarnya kerana negara kita ada undang-undang, dia tak kira Umno ke.. DAP ke..

"Mana sekalipun (parti) kita kena patuh kepada undang-undang, jangan kita ambil undang-undang dalam tangan kita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Air Zam-zam, kurma dan kain baju Melayu peringkat kebangsaan anjuran Biro Kebajikan Umno di Masjid Negara, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno enggan mencampuri tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang merobohkan struktur tulisan Umno di pekarangan bangunan parti itu di Jalan Macalister pada Jumaat.

Beliau berkata, tindakan itu di luar bidang kuasanya sambil menyifatkannya sebagai urusan PBT dan Umno Pulau Pinang.

"Saya tak tahu apa yang terjadi di Pulau Pinang, antara PBT dengan Umno, saya tak tahu. Kita kena tahu apa (isu) yang sebenarnya.

"Kita negara yang ada undang-undang. Tak kira DAP atau Umno, kalau tak mohon (lesen), saya percaya bahawa PBT lain juga akan melaksanakan apa yang telah dilakukan PBT di Pulau Pinang," katanya lagi.



http://www.sinarharian.com.my/politik/papan-tanda-semua-parti-kena-patuh-undang-undang-1.403309

2 comments:

  1. Tu la Menteri2 kabinet layan sangat kafir lahabau ne, pantang jumpa dgn LGE berpeluk sakan, terkhenyeh- khenyeh, mcm kerang busuk, kita anggap politik tetap politik, tetapi x kpd DAP, mereka mau lebih drp tu, nampak dak lagi, lakunan Dap, cukup, celaka, kedepan ne, jgn layan lagi, buat mcm dia juga, tunjuk, kita juga Anti Dap, nak takut buat apa!!!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Ada orang kena main. Mari kita tengok siapa yang kena?!

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.