Sunday, 21 June 2015

Orang Cina Dapat Tongkat Penjajah British

Kerajaan wajar memperhebatkan bantuan untuk memperkukuhkan kedudukan status sosio-ekonomi Melayu yang dilaporkan berada pada tahap sangat membimbangkan.
 
Bercakap kepada Ismaweb, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Abdul Rahman Mt Dali, berkata kaum Melayu perlu dibantu dan diberikan masa untuk bersaing dengan kaum lain di tanah warisan sendiri.

Memperjelaskan kewajaran itu, katanya sebelum ini orang Melayu hanya dibantu selepas merdeka, sedangkan kaum Cina telah mendapat kelebihan dan bantuan yang diberi oleh pihak British suatu masa dahulu.



“Kapitan-kapitan Cina dan kongsi gelap telah lama bermaharajela ketika British memerintah. Pada tahun 1952 sekurang-kurangnya 500,000 kaum Cina dilaporkan mendapat tanah dan ditempatkan di hampir 500 kampung baru Cina, walaupun mereka baru mendarat seminggu di Tanah Melayu dari negara China.

“Walhal, begitu ramai orang sendiri tidak bertanah. Bukan saja itu makan minum mereka ditanggung bertahun-tahun lamanya dengan menggunakan hasil bumi tanah Melayu.

“Jadi, kalau diselidik susur jalur sejarah, kita akan dapati hampir semua nenek moyang kaum Cina hari ini telah mendapat tongkat (menerima manfaat) dari British,” katanya.

 Beliau berkata demikian mengulas laporan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) kelmarin yang mendedahkan betapa kedudukan status sosio-ekonomi Melayu negara ini pada tahap sangat membimbangkan yang mana purata pendapatan isi rumah dengan Bumiputera paling rendah jika dibandingkan dengan kaum lain.

Paling tinggi adalah kaum Cina dengan RM6,366, diikuti India RM5,233, manakala Bumiputera paling rendah, dengan RM4,457. Laporan itu juga mendedahkan Bumiputera paling ramai berpendapatan isi rumah bawah RM2,000 iaitu sebanyak 26.3 peratus, berbanding India 20.2 peratus dan paling sedikit, Cina 13.8 peratus.

Susulan laporan itu soalnya, tidak wajarkah kaum Melayu kita terus dibantu oleh kerajaan pimpinan UMNO yang masih memilih mereka?

“Saya fikir mungkin pemimpin-pemimpin Melayu dalam UMNO atau PAS tidak mengetahui mengenai fakta ini. Itu yang menyebabkan ada yang bercakap tentang meritokrasi dalam keadaan kaum Melayu yang ketinggalan.

”Bila sudah ketinggalan, bukan senang untuk mengejar apatah lagi apabila kapitan, tauke dan kapitalis Cina sudah menguasai rantai ekonomi Malaysia,” katanya.



http://www.ismaweb.net/2015/06/pemimpin-melayu-tak-tahu-orang-cina-dapat-tongkat-lagi-besar-dan-lagi-awal-di-tanah-melayu/

9 comments:

  1. Tengok si CEO Jerman yg. baru lantik sorang lagi OMPUTIH di bhg 'Sales'! GERAMnya aku! MAS memang diSABOTAJ disyaki oleh si PENGGANAS Barat/Zionis serta ejen tempatan depa, melalui kehilangan MH370/MH17 - maka GADAI teruslah sy. penerbangan NASIONAL kita pd. PENJAJAH Barat/Zionis ini - dan terus hidangkan ARAK, ARAK.......mcm. puak KAPIR SETAN!

    Mcmlah KEUNTUNGAN syarikat-sy. penerbangan di NEGARA ISLAM kita ini termasuk yg. swasta, bergantung pd. budaya ARAK-KEPARAT serta pemakaian LUCAH paramugari depa; yg. sarong ketatlah, skirt ketatlah dan sekrg. bah. payudara dibiaqkan makin terdedah! Dahlah di TV; ASTROBANGANG dibenaqkan MENGEKSPLOITASI wanita secara SEKSUAL dgn. membenaqkan siaran Barat/asing JUAL produk depa mempergunakan wanita sbg. BAHAN LUCAH serta budaya LUCAH-AMAT GANAS Barat/Zionis dibiaqkan mem"brainwash" jenerasi muda kita; sampaikan boleh ditayangkan cthnya siri yg. diarahkan oleh puak HOMO-Barat, "Hannibal" yg. terangan MEMUJA budaya KANIBALISME (kebanyakan puak Kanibal di Barat adalah dari puaka HOMO!)!

    Semoga ALLAH SWT balas di atas PENGKHIANATAN pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL ini - hingga ke KETURUNAN depa yg. juga JAHAT nak-MAMPOS; dan jadi PAPA KEDANA akibat MENGGADAI Negara Islam pusaka nenek moyang berzaman kita ni serta hak BUMIPUTERA Islam/Melayunya!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Nek. Semoga pemimpin-pemimpin yang tidak amanah dan khianat perjuangan agama, bangsa dan negara mendapat balasan setimpal.

      Delete
  2. Kontrak kerajaan, kontrak lombong, menjaga Bandar, pembekalan dll di zaman British diberi kpd Cina. Untuk mengkayakan satu puak dan satu puak lagi bakal merusuh..


    Mmg tak adil, baca The Malay Dilemma, Tun M.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alangkah baiknya jika mereka belajar bersyukur dan menerima keistimewaan yang juga telah menghalalkan harta kekayaan yang mereka tuai semasa tanah ini dijajah?!

      Delete
  3. Kontrak kerajaan, kontrak lombong, menjaga Bandar, pembekalan dll di zaman British diberi kpd Cina. Untuk mengkayakan satu puak dan satu puak lagi bakal merusuh..


    Mmg tak adil, baca The Malay Dilemma, Tun M.

    ReplyDelete
  4. Fakta sejarah. Dulu lombong-lombong bijih timah kepunyaan sultan dan pembesar-pebesar Melayu. Bila mereka melawan British mereka dibuang ke luar negara yang jauh. Apa jadi dengan harta mereka? Dirampas oleh British, sebahagiannya diberikan kepada tokey-tokey cina ketua kongsi gelap. Itulah cara macam mana lombong-lombong yang kaya milik Melayu boleh jatuh ke tangan British dan kemudian cina.

    Selain itu, cina juga menipu untuk mendapatkan tanah Melayu secara halus; melalui hutang dengan bunga yang tinggi. Akhirnya tanah Melayu tergadai sedikit demi sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Selain itu, cina juga menipu untuk mendapatkan tanah Melayu secara halus; melalui hutang dengan bunga yang tinggi. Akhirnya tanah Melayu tergadai sedikit demi sedikit.'

      Orang Penang mungkin ada banyak kisah pasal bab ni...

      Delete
  5. ”Bila sudah ketinggalan, bukan senang untuk mengejar apatah lagi apabila kapitan, tauke dan kapitalis Cina sudah menguasai rantai ekonomi Malaysia,”

    Money makes money maa camno den nak kejar??

    ReplyDelete
  6. the cash is king ..disahkan oleh pm najib..ma

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.