Wednesday, 17 June 2015

'Moderate Muslims' Tidak Ikut Al-Quran & Sunnah-Firdaus Wong

Pendakwah bebas yang juga pengasas NGO dakwah Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong Wai Hung, mendakwa wujudnya perancangan rapi pihak tertentu, cuba mempropagandakan ‘moderate Muslim’ yang tidak mengikut Al-Quran dan Sunnah.
 
Bagi menjayakan misi mempropagandakan ‘moderate muslim’ versi mereka (musuh Islam), ruang media digunakan dengan kos jutaan ringgit.




Firdaus berkata, kumpulan ini sebenarnya hanya bertopengkan istilah ‘moderate Muslim’, namun hakikatnya ajaran mereka adalah liberal sekular.


“Ini menunjukkan betapa bersungguhnya mereka dalam misi mereka. Namun itu juga menunjukkan bagaimana hebatnya Islam sehingga jentera media jutaan ringgit terpaksa digunakan agar manusia terpedaya dengan liberal atau sekular Islam yang bertopengkan versi ‘moderate Muslim’ mereka berbanding dengan versi ‘moderate Muslim’ sebenar yang mengikut al-Quran dan as-Sunnah,” tulisnya di Facebook.

Musyrikin Makkah kata Firdaus, pernah menggunakan taktik lapuk seperti itu, tetapi sejarah menunjukkan bahawa perancangan licik mereka itu sesekali tidak akan mampu mengatasi perancangan Allah SWT.

‘Moderate muslim’ adalah satu kelompok umat Islam yang memiliki ciri-ciri yang digariskan oleh RAND Corporation, sebuah badan pemikir berpengaruh di Amerika.

Dalam laporan bertajuk ‘Building Moderate Muslim Networks’, jaringan ‘moderate muslim’ ini sedang dilaksanakan oleh kerajaan Amerika sebagai pendekatan berkesan untuk mengekang kebangkitan umat Islam untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Baru-baru ini, akhbar harian The Star didapati telah mempromosikan istilah ‘moderate’ kononnya bagi mengekang fahaman ekstremisme di kalangan masyarakat.



http://www.ismaweb.net/2015/06/jutaan-ringgit-diguna-propaganda-moderate-muslim/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.