Monday, 15 June 2015

Kerajaan DAP Pimpinan 'Khalifah Umar Abdul Aziz' Pecat Wakil PAS

Kemelut antara parti rasis dan cauvinis DAP dan PAS semakin meruncing apabila Setiausaha PAS Pulau Pinang yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan Gred S41 dalam kerajaan negeri diberhentikan kerja berkuat kuasa kelmarin.

Projek 'Khalifah Umar Abdul Aziz' sudah berkubur ke Guan Eng?
Notis bertarikh 12 Jun dari Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri itu dihantar dengan tangan kepada Mohd Fadzil Kemi yang memegang jawatan sebagai Pegawai Penerangan kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus yang mengesahkan notis tersebut kepada Bernama berkata, beliau yakin notis itu telah diterima oleh Mohd Fadzil pada Jumaat lepas kerana telah dihantar dengan tangan.

“Notis pemberhentian perkhidmatan itu berkuat kuasa pada 12 Jun 2015 dengan bayaran satu bulan gaji menggantikan notis selaras dengan fasal 9, perjanjian kontrak telah dihantar kepada Mohd Fadzil,” katanya.

Katanya, dalam tempoh perjanjian kontrak setahun yang ditandatangani pada 12 Disember tahun lepas, mana-mana pihak boleh menghentikan kontrak tersebut tanpa sebarang alasan.

Sementara itu, usaha untuk mendapat maklum balas daripada Mohd Fadzil yang juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang, gagal kerana beliau tidak dapat dihubungi.

Semalam, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan telah mendesak kepimpinan baharu PAS untuk mengarahkan semua wakilnya untuk mengundur diri.

Guan Eng berkata, adalah tidak logik kepimpinan baharu PAS masih cuba berbelit-belit bahawa mereka masih membincangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP, bila usul itu ‘diterima’ tanpa bahas dan ‘bukan dirujuk’ oleh Muktamar PAS.

Lim berkata, tiga wakil PAS dalam kerajaan DAP, iaitu Mohamad Sabu, Ustaz Mujahid Yusof Rawa dan Ustaz Rosidi Hussain telah meletakkan semua jawatan mereka dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kemelut DAP-PAS berlaku selepas Dewan Ulama PAS sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang.



http://www.ismaweb.net/2015/06/kerajaan-dap-pulau-pinang-buang-setiausaha-pas-dari-pejabat-km/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.