Monday, 8 June 2015

Kebangkitan Islam Memerangi Golongan Liberal


Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias menyifatkan kemenangan golongan proulama yang mendominasi pemilihan kepimpinan baharu dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 sebagai kebangkitan Islam sekali gus membuktikan bahawa masyarakat menolak fahaman Islam liberal.

Mohd Kazim berkata, kemenangan itu juga menunjukkan umat Islam menolak fahaman yang mempersendakan agama serta memperlekeh golongan ulama, jesteru mereka tersasar harus kembali kepada landasan yang benar.

"Perjuangan kita adalah perjuangan berlandaskan Islam, jadi sesuatu yang menghina dan mencabar Islam adalah bertentangan dengan fahaman kita.

"Oleh sebab itu, kita juga menolak pandangan yang menentang pelaksanaan serta mempertikai hukum hudud," katanya ketika diminta mengulas mengenai dominasi kemenangan golongan ulama dalam Pas selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun kesembilan Pusat Pendidikan Al Barakah di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.


 http://www.utusan.com.my/berita/politik/kemenangan-ulama-bukti-kebangkitan-islam-1.100421

2 comments:

  1. kebangkitan yang akan menyempitkan minda orang2 islam(melayu terutama)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sian.. takziah tuan profit krn liberal sudah diperhambat keluar untuk menyembah tuhan manusia mrk.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.