Thursday, 11 June 2015

Hak Untuk Tidak Diganggu Secara Seksual Oleh Dua Peha Tua

Ali Hamsa boleh tolong jawab kenapa pengawal keselamatan JPJ tersebut bakal dikenakan tindakan kerana memperkasakan arahan yang tuan keluarkan?

Nampaknya golongan 'moderates' sudah mula menyerang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana masih bertimbang rasa dan menggunakan budi bicara untuk terus memberikan perkhidmatan kepada seorang warga yang jelas rendah moralnya.

Ada yang mahu jabatan tersebut disaman kerana dikatakan mahu menjadi moral police padahal mereka sepatutnya tidak. Ada yang menyindir bahawa jabatan tersebut tidak patut menafikan perkhidmatan kepada sesiapapun hanya berdasarkan kecenderungan berfesyen seseorang. 

Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin semalam dilaporkan sebuah portal mahu memalukan pegawai yang telah memberikan kain batik kepada wanita Cina tersebut dan mahu penjawat awam itu dikenakan tindakan tegas segera.

Masalahnya, apa sukar sangatkah hendak mematuhi dress code yang termaktub sebagai house rules, dalam kes wanita cina ini, untuk beliau memakai skirt pada paras bawah lutut dan bukannya pada paras peha?

Joint Action Group (JAG) nampaknya masih berterusan dengan agenda feminisme berkiblatkan barat dengan membuta-tuli mengkritik house rules JPJ yang dikatakan hanya sesuai pada kuil dan masjid. 

Apa yang JAG tidak nyatakan ialah house rules seperti kod etika berpakaian juga diamalkan di pusat-pusat hiburan dan kelab-kelab ekslusif. JAG nampaknya tidak mempunyai masalah untuk berdress code bagai untuk pergi mabuk tapi apabila pemakaian sopan yang menyenangkan semua mata yang memandang dan bersifat kepada nilai-nilai sopan timur maka ianya akan ditentang.

'Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengemboo' janganlah asyik nak menyondol pula!
Adakah larangan untuk berpakaian sopan dan tidak menjolok mata seperti ayam-ayam jalanan di Bukit Bintang di jabatan-jabatan kerajaan untuk menjaga sensitiviti semua perlu disanggah JAG.

Noor Farida daripada G25 juga tidak melepaskan peluang untuk mempromosikan agenda liberal dan sekular kumpulan tersebut dalam isu ini. Walaupun Noor Farida dan JAG mahu dilihat sebagai jaguh isu feminisme, namun kegagalan mereka meletakkan rasa hormat yang sama yang sepatutnya kepada wanita-wanita seperti yang sepatutnya mengikut adat dan tradisi timur amatlah memalukan. Sikap mengagungkan nilai-nilai barat membuta-tuli amatlah menjengkelkan.

Bagaimana mahu kita mengajar anak-anak muda kita supaya lebih bersopan santun jika sikap segelintir 'ayam-ayam tua' persis 'kupu-kupu malam'? Dan bagaimana pula hak pegawai kaunter yang mempunyai nilai moral yang berlainan daripada perempuan cina tadi yang tidak selesa dengan pemakaian menjolok mata menayangkan dua celah pehanya itu?

Bagaimana pula dengan hak lelaki Muslim yang 'terganggu' dengan cara wanita itu berpakaian? Bagaimana dengan hak-hak pengunjung lain yang pergi untuk berurusan dengan JPJ tapi terjebal dengan adegan separa bogel seorang wanita tua?

Bagaimana dengan gangguan emosi kanak-kanak yang berada di situ ketika dua belah peha berkedut sedang ditayang secara murah? Adakah hak wanita Cina itu untuk menayang dua celah pehanya yang berkedut lebih tinggi daripada hak orang ramai, pengunjung dan pegawai JPJ sekalipun, yang tidak mahu melihat dua celah peha seorang Cina tua?

Adakah mereka tidak berhak langsung?

Harap jalan kesederhanaan yang dipilih jabatan-jabatan kerajaan bagi menetap kod etika berpakaian dapat dilihat sebagai jalan tengah yang terbaik untuk semua. Tahniah JPJ kerana bertegas dengan polisi jabatan anda dan masih bertimbang-rasa untuk memberikan khidmat anda kepada warga yang tidak tahu bahasa.

Untuk wanita tersebut, ingatlah bahawa kita berbilang bangsa dan agama dan bukan semua orang boleh terima cara kita berpakaian ketika di rumah atau di tempat kerja.

My long time friend in MCA Liow Tiong Lai-teresakok.com
Namun malangnya kerajaan flip-flop kita sering melanggar serba sesuatu yang telah ditetapkan mereka kerana takut dengan bayang-bayang sendiri apabila isu ini berjaya disensasikan sesetengah pihak yang berkepentingan.

Semalam Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai dilaporkan berkata tindakan akan diambil ke atas pengawal keselamatan yang telah bertindak memberikan kain batik kepada wanita Cina tersebut, walaupun berdasarkan penyiasatan yang dilakukan, kata menteri itu lagi, "the guard feared she would not be able to carry out official dealings at the JPJ counters, so he gave her the sarong".

Menteri itu bagaimanapun menegaskan bahawa JPJ juga tertakluk kepada kod etika berpakaian yang telah ditetapkan untuk mana-mana pejabat dan jabatan kerajaan.

Jadi Liow Tiong Lai, budaya apa yang sedang kita percambahkan kini? Budaya melanggar undang-undang? Dan kepada 'marhaen' yang telah memberikan khidmat (berdasarkan ayat Liow Tiong Lai sendiri), dibuli dan dikenakan tindakan?

Apa bangang lagi yang akan melanda bumi ini agaknya?!

4 comments:

  1. Aku dah MUAK dgn. DRAMA dr. Kem. Pengangkutan nikan - patut diSAMAN pengawal keselamatan malang kita itu kalau dihukum sewenangnya hanya kerana BERANI menjalankan tugas serta undg-undg dgn. CEKAP!

    Aku heran betul selama ni lori-lori dan bas-bas INDUSTRI-TAMAK boleh pula bebas "zig-zag" kat lorong-lorong laju terutamanya di lebuhraya, melebihi had laju sampai disyaki punca utama penyebab kemalangan jlnraya yg. amat BUAS, yg. disyaki asyik MENGORBANkan majoriti mangsa disyaki dari umat Islam/Melayu; hampir harian! Mana Menteri utk melawat depa, terutamanya mangsa-mangsa dari org. MISKIN, terutamanya penunggang MOTOSIKAL?!

    Kerana Kem-amat-BANGANG yg. diterajui si MCAcing-KEPARAT tu tak dak buat undg-undg amat KETAT utk. memastikan lori/bas INDUSTRI hanya di lorong perlahan - kerana disyaki takut mengurangkan KEUNTUNGAN pd. PEMILIK/PENGUSAHA INDUSTRI-TAMAK bas-bas/lori-lori - yg. di- MONOPOLI siapa? Kita boleh agak! Biaq rakyat terutamanya umat Islam/Melayu, terus MERANA akibat KEBUASAN lori-lori/bas-bas-INDUSTRI-LAJU-amat BUAS yg. seolah mengamalkan "laws of the jungle"!

    Dan sekrg. JPJ - apahal nak MINTA MAAF pula psl. kod etika berpakaian SOPAN - ISLAM adalah AGAMA NEGARA yg. diKETUAI DYMM YDPA kita, mengikut undg-undg Perlembagaan dan MAJORITI rakyat adalah umat Islam!Di Barat pun, jgn. harap ada yg. berani kalau nak ke jabtan K'jaan, nak pakai pakaian BIADAP-mcm.-PELACUR/PENAGIH DADAH/SAMSENG (termasuk lelaki ber"T-SHIRT" tak BERLENGAN, dgn KETIAK berbau dia - MENJIJIkkan betul)! Tapi di Malaysia yg. NEGARA ISLAM ni, si jalang-jalang ni juga tak dak lansung nak tunjuk hormat walau di pejabat K'jaan!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. patut anggota rela tu saman Liow Tiong Lai dan Kementerian Pengangkutan kerana menghukum dia atas sebab menjalankan tugas dengan baik.

      Delete
  2. malaysia dah jadi negeri TALIBAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah Tu.. Malaysia dah jadi negeri orang utan.. ada undang2 pergi langgar.. lepas tu kena tindakan, bos kementerian minta maaf pula pada yg langgar undang2..

      Jelas macam negeri orang utan.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.