Monday, 1 June 2015

Gereja kena patuh larangan bawa masuk Bible Bahasa Melayu

Pengerusi Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Haji Omar Kassim menempelak puak Kristian yang lantang untuk membawa masuk Bible Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah ke Semenanjung Malaysia.
 
Beliau berkata, mereka ini berperangai kebudak-budakan kerana meminta sesuatu yang sudah diputuskan mahkamah.


“Terbitan Kristian dengan perkataan Allah tidak boleh diimport ke dalam Semenanjung Malaysia.

“Hormatilah keputusan dan prosedur yang ditetapkan. Kalau orang lain, mereka akan kata menghina mahkamah, bertentangan dengan Perlembagaan dan macam-macam lagi hujah yang digunakan.

“Jadi kali ini, bila kata tidak boleh diimport secara langsung ke Semenanjung, kena ikutlah. Lagipun Bible bahasa Inggeris kan ada,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang membantah draf prosedur operasi standard (SOP) menghalang terbitan Kristian dengan perkataan Allah ke Semenanjung.

Berhubung isu kebebasan beragama yang menjadi hujah puak Kristian, kata Haji Omar, semua itu hanya retorik sahaja.

“Di Malaysia ini mereka bebas beragama. Sepatutnya mereka insaf dengan masyarakat Rohingya.

“Kalau betul nak memperjuangkan kebebasan beragama, tekanan pihak gereja patut kepada kerajaan Myanmar, bukan Malaysia,” katanya.

Halangan Bible yang mengandungi kalimah Allah dari masuk ke Semenanjung turut mendapat sokongan Peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mohd Hanif Khatri Abdulla.

Beliau berkata. kita tidak halang mereka untuk import Bible dalam bahasa Inggeris atau Bible sebenar.

“Import lah sejuta pun Bible Bahasa Inggeris. Cuma yang kita halang sebab Bible yang ada sekarang bahasa Indonesia yang mempunyai istilah Allah,” kata Hanif.


http://www.ismaweb.net/2015/05/gereja-kena-patuh-larangan-bawa-masuk-bible-bahasa-melayu/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.