Friday, 5 June 2015

For Whom The Bell Tolls

Hari ini, tiba-tiba sahaja teringat kembali karya Ernest Hemingway, For Whom The Bell Tolls.

Teringat kata-kata mukaddimah yang dimuatkan lama dahulu..

No man is an Iland, intire of it selfe; every man is a peece of the Continent, a part of the maine; if a Clod bee washed away by the Sea, Europe is the lesse, as well as if a Promontorie were, as well as if a Mannor of thy friends or of thine owne were; any mans death diminishes me, because I am involved in Mankinde; And therefore never send to know for whom the bell tolls; It tolls for thee. 
—John Donne

Loceng sudah lama berbunyi. Kesilapan demi kesilapan dan merangka strategi yang menembak semula di kaki berlaku hampir saban minggu.

Seolah strategis yang dipasang berkeliling dan liberal yang bertenggek di sekeliling seorang pemimpin itu, semua sedang mengorek kubur dan menolak figura ini untuk bersegera dikebumikan karier politiknya sepantas mungkin.



Bukankah baik jika dia dari dahulu mendengar nasihat bahawa jangan bercampur dan memasang dikelilingnya liberal-liberal sesat dan punahsihat yang membawa rebah?

Hari ini loceng itu bergema sangat kuat.

Bermuhasabahlah kerana loceng itu akan berhenti berbunyi tidak lama lagi.

Korbannya telah ditentukan. Dan yang jatuh bersamanya bukanlah dia seorang, tetapi jika tidak ditarikan dengan betul, akan menjatuhkan seluruh perpaduan umat Melayu Islam jika masih tidak sedar bahawa seseorang perlu berkorban demi kelangsungan survival kuasa politik Islam di sini.

Jika diteruskan dengan kedegilan, maka loceng itu akan berbunyi untuk kesemua kita nanti.

..and therefore never send to know for whom the bell tolls; it tolls for thee.


3 comments:

  1. Cakap orang putih hari ni ben yaacob, ada apa2 ke? Macam melankoli semacam saja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rimas dgn perpecahan Melayu dan ego pemimpin2 melayu Tuan..

      Quite fed up.

      Kena buat sssuatu..

      Delete
  2. buat parti baru

    parti utk marhaen

    bangkit bole usahakan sesuatu?

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.