Monday, 8 June 2015

Dewa KOMTAR Telah Berfirman

Manusia menyembah pelbagai perkara yang difikirkannya sebagai Tuhan. Ada yang menyembah patung-patung yang diukir sendiri oleh tangan-tangan mereka  Ada yang menyembah wang kerana itu bagi mereka memberi bahagia. Ada yang menyembah perempuan dan ada yang menyembah apa sahaja termasuk diri sendiri.

Ada juga yang menyembah ahli politik demi elaun dan cita-cita dendam kesumat dan kiblat kuasa.

Sebahagian dari berengga di dalam PAS tidak terkecuali. Apabila Allah s.w.t. melarang sebarang bentuk persekongkolan dengan golongan yang memusuhi Islam pada jalan agama, sebahagian fraksi berengga di dalam mereka, mengatakan sebaliknya.



DAP rakan PAS di dalam Politik dilihat oleh fraksi berengga ini lebih besar dari Allah s.w.t. sendiri. Ayat-ayat al Quran dilongkangkan melalui prinsip-prinsip tahaluf rekaan manusia. Dalil-dalil jelas dikelabukan melalui tafsir bernoda politik dan ayat-ayat yang jelas disembunyikan.

Senggama Politik Pintu Belakang

Sedang sedap rectum dirodok dengan tusukan-tusukan janji Lim anak beranak mengenai harapan kuasa, segala pesan yang terkandung di dalam sebuah kitab yang dijanjikan tidak berubah sejak lebih1,400 tahun yang lalu, dikesampingkan.

Tuhan Semesta Allam telah memberikan amaran supaya jangan sekali-kali bersekongkol dengan golongan yang memusuhi agama Allah dengan nyata. Malah Tuhan Semesta Alam juga telah jelas memberikan amaran berikut di dalam ayat 1 dan 2 surah al Mumtahanah :

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka; sedang mereka telah kufur engkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah s.a.w. dan juga telah mengeluarkan kamu disebabkan kamu beriman kepada Allah, Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalnKu untuk mencari keredhaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan ingatlah, sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.

Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka akan menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu menjadi kafir seperti mereka.”

Dua ayat yang jelas mengenai arahan, amaran dan susulan akibat perbuatan.

PAS sejak sekian lama mengenepikan arahan dan amaran ini, kini sedang berdepan dengan realiti pedih apabila tuhan manusia yang bersila lendik di KOMTAR yang dituruti mereka kini, sedang galak menggunakan tangan (kuasa) dan lidah bersalut api nuraka mereka ke atas PAS.

Biarpun begitu, mereka tetap lebih takutkan tuhan Penguasa KOMTAR. Bila mahu sedar dengan sebenar-benar sedar?

Tahniah diucapkan kepada perwakilan PAS yang berjaya menghalau keluar semua berengga-berengga yang ditinggalkan lalat penghurung najis sejak 1998.

Tetapi keberanian ini, tetap datang lewat dan tidak sepenuhnya berani sepertimana yang diharapkan. Islah di dalam PAS sedang berlangsung, tetapi harus lebih kuat supaya PAS dilihat tidak samiqna wa atoqna kepada ugutan tuhan manusia di KOMTAR yang disembah sebahagian fraksi berengga di dalam PAS.

Allah, Rasulullah, ayat-ayat al Quran sejak tahun 2008 dipermainkan, dihina, disyirikkan di depan mata kalangan PAS yang mabuk kencing janji kuasa. Tidak seorang bangun mengherdik apatah lagi bersilat lutut dan siku sehinggalah sedar sirap bandung yang diminum ketika dahaga kuasa itu, rupanya sedang meratah baki kuasa yang ada ditangan mereka sendiri.

Lalu bangunlah pendekar silat lutut dan siku mahu melutut dan siku musuhnya dengan jalan terkepit. 7 tahun kerandut mengecut, mana mungkin boleh jalan laksana sombong sang pendekar dengan rembesan hormon testosterone yang membuak-buak dan membengkakkan kerandut.

Terkejut dari lamunan, jurus silat benggali pembuat roti yang pernah diajarkan kepada P Ramlee di dalam filem Pendekar Bujang Lapok, cuba ditarikan. Tetapi malang, ia tetap sumbang. Sumbang seperti kata Pendekar Mustar.

“Kami putuskan hubungan dengan DAP tetapi kekal dalam Pakatan Rakyat.”

Jelas mabuk itu belum sembuh sepenuhnya. Orang bukan orang, hantu bukan hantu. Putus tidak putus. Sambung tidak sambung. Putus akal melihat ketegasan ala sotong-sotong darat keluar malam di lorong-lorong durjana.

Sudah lama tidur berbantalkan lengan  musuh-musuh ayat-ayat al Quran yang nyata, jelas sukar untuk melupakan nikmat mengecap kuasa yang selama ini tidak pernah dinikmati

Manakan tidak, hidup tidak lagi perlu berkais pada tin-tin milo yang bergerak dalam konsert ceramah seluruh Malaysia. Primaradona yang menjadikan ceramah-ceramah tersebut menjadi tumpuan ramai juga sudah menjadi ayam togel  sedang merajuk membawa diri. Mungkin mencari ketenangan baru dengan bermutaah sebentar. Biarkan Labu terbang dengan pandir-pandirnya.

PAS dilihat kecut segala kerandut keberanian untuk membatalkan semua perjanjian yang telah ditandatangani bersaksi syaitan-syaitan manusia. Ia membuktikan seolah benar wujud Perjanjian Pangkor 2.0. sebagaimana yang dispekulasikan selama ini.

Umat Islam di luar sana sedang menunggu saat sepertimana saat semasa surah at Taubah diwahyukan. Surah yang tidak lagi dimulakan dengan kalimah Basmallah.

Sebuah surah yang turut dikenali dengan nama surah Baraah. Surah pembatal semua janji.

Apakah PAS berani untuk melangkah sehingga ke tahap itu? Allah sahaja yang tahu.

Ini zamannya di mana zaman pemimpin Melayu Islam memimpin dengan jalan terkepit. Baru sehari mengaku pahlawan, sekali disergah warga tua, sehingga ke Arab Saudi lari tidak cukup tanah. Yang satu dengan masalah tuduhan pemerintahan Kleptokrasi. Yang satu lagi bagai ditadbir Kakistokrasi dengan U-turn tidak bertulang belakang yang tak habis-habis.

Mana dia pemimpin Melayu Islam yang berani bangun untuk bangkit membatalkan semua janji-janji dan membawa Islam dan umatnya memasuki fasa Penyucian sepertimana ketika semua perjanjian dibatalkan lebih 1,400 tahun dahulu? 

Mana dia? Mana dia sekarang ini?!!!


0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.