Sunday, 21 June 2015

DAP Busuk Hati Pecat Ahli Majlis Di Pulau Pinang

Tindakan kerajaan rasis DAP Pulau Pinang yang memecat dua orang ahli majlis daripada PAS tanpa kerelaan mereka membuka lagi sikap busuk hati parti itu.
 
“Sebab itulah saya konsisten dalam menentang DAP sejak mereka mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang pada tahun 2008 yang lalu,” kata Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.

Beliau berkata, pemecatan dua ahli PAS sebagai ahli majlis ini lebih menampakkan betapa rakusnya DAP yang bersikap membalas dendam terhadap keputusan usul Dewan Ulama PAS yang mahu supaya hubungan dengan DAP diputuskan.

Ustaz Hafiz Nordin Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang

“Saya percaya keputusan itu dibuat pun adalah kerana sikap DAP sendiri yang mengkhianati perjanjian bersama PAS pada tahun 2013 bahawa mereka tidak akan mencampuri urusan perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam.

“Inilah DAP dengan wajah sebenar mereka,” tegasnya ketika dihubungi Ismaweb.

Semalam, DAP memecat dua ahli majlis kerajaan tempatan daripada PAS yang belum meletakkan jawatan ekoran krisis yang melanda kedua parti itu. Mereka ialah Yacoob Omar daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Omar Hassan daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Mengulas perkara itu, Ustaz Hafiz berkata, tidak menjadi satu kesalahan apa pun kalau mereka tidak menyuruh meletak jawatan atau memecat ahli-ahli PAS yang sedang memegang jawatan dalam kerajaan negeri.

“Tetapi kerana usul PAS baru-baru ini untuk memutuskan kerjasama, DAP terus lupa bahawa selama ini kemenangan PR adalah kemenangan bersama kerana PAS adalah komponen PR.

“Tetapi apa boleh buat nasi sudah menjadi bubur, saya sangat suka dengan perkembangan sekarang ini kerana rakyat di Pulau Pinang khasnya sama ada Melayu atau bukan Melayu lebih mengenali perangai DAP yang sedang menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang sekarang ini,” katanya.

Justeru, beliau menyeru kepada seluruh rakyat negeri Pulau Pinang untuk menolak serta tidak mengundi DAP lagi dalam PRU akan datang.

“Ini supaya parti rakus dan zalim seperti DAP tidak lagi semakin angkuh dan sombong dalam menggunakan kuasa terhadap rakyatnya sendiri,” tegasnya.



http://www.ismaweb.net/2015/06/dap-busuk-hati-pecat-ahli-majlis-di-pulau-pinang/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.